Connect with us

Oh! Media

11 Lagi AES Akan Dipasang dan Ini Satu Penipuan Kepada Rakyat?

Oh! Negara

11 Lagi AES Akan Dipasang dan Ini Satu Penipuan Kepada Rakyat?

Pihak kerajaan dilihat melakukan penipuan terhadap rakyat apabila pejuangan yang dibawa oleh PH dalam membantah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selama ini hanyalah sekadar meraih sokongan rakyat.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dinyatakan oleh Naib Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya, Dazma Shah Daud yang melihat PH sebelum PRU14 begitu membantah pelaksanaan AES oleh kerajaan BN, namun kini sebaliknya berlaku.

Ini selepas, kerajaan telah bercadang untuk menambah 11 unit lagi AES mengikut kawasan yang sesuai dan berpendapat sistem ini mampu mengurangkan kadar kemalangan serta baik untuk kesedaran pengguna jalan raya.

Walaubagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata “Ingin saya tegaskan di sini, walaupun kamera ini dipasang oleh PLUS, syarikat berkenaan tidak menerima sebarang komisen daripada kadar saman yang akan dikeluarkan. Tidak seperti sebelum ini, syarikat yang pasang akan dapat komisen. Selepas ini semua saman itu akan masuk ke dalam dana kerajaan,”.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas