Branded
11 Kali Gagal Ujian Penerbangan Bukan Halangan Daripada Mat Despatch Jadi Juruterbang
Oleh

Setiap kejayaan pasti ada ceritanya tersendiri. Kejayaan tak datang dengan mudah kecuali dengan usaha yang tak kenal putus asa. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang bernama Kugan Tangiisuran.
Kisah kejayaan Kugan wajar dijadikan semangat buat semua agar terus berusaha mengejar impian.
KISAH KUGAN DARI MAT DESPATCH KEPADA JURUTERBANG!
Kugan Tangiisuran asalnya hanyalah seorang budak pejabat yang bekerja dengan Air Asia. Namun dalam diam-diam dia menyimpan hasrat yang tinggi untuk bergelar juruterbang. Tetapi dia asyik gagal dalam ujian kemasukan ke sekolah penerbangan.
Bukan sekali, bukan dua kali…tetapi 11 kali! Tan Sri Tony Fernandes tahu cita-cita tinggi pemuda tersebut malah beliau ‘ada kuasa’ sekiranya mahu Kugan memasuki sekolah penerbangan namun beliau tidak ingin berbuat demikian.
Beliau mahu Kugan terus berusaha dan membuat yang terbaik agar diterima untuk menjadi pelatih juruterbang. Akhirnya pada percubaan terakhir, setelah habis kudrat dan daya, Kugan lulus dan diterima untuk menjadi pelatih.



Sumber : Syahril A. Kadir
Kelapa Frutti Viral Di Kluang!
Cawangan Kelapa Frutti ni dah viral dekat Kluang, Johor kerana kesedapannya yang tersendiri. Sekali sedut, Melakat…
Posted by Oh! Media on Wednesday, March 23, 2016
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

