Connect with us

Oh! Media

10 Sebab Kenapa Korang Kena Beralih Kepada Yoodo Dan Lupakan Telko Lain!

Branded

10 Sebab Kenapa Korang Kena Beralih Kepada Yoodo Dan Lupakan Telko Lain!

Baru-baru ni heboh netizen bercakap pasal Yoodo ni. Kata diorang ni telko baru dan jauh lebih baik dari telko yang sedia ada kat Malaysia ni. Tak kurang juga yang takut nak guna sebab tak yakin dengan telko baru. So Ohmedia pun cuba selami tentang Yoodo ni tentang bagaimana kewujudan mereka mampu memberi impak baik kepada pengguna di Malaysia.

Apa Itu Yoodo?

Yoodo ni macam yang korang sedia maklum, ianya telko baru di Malaysia dan cuba menawarkan kebebasan maksimum kepada pengguna untuk memilih dan mengubahsuai sendiri pelan mudah alih mengikut keperluan tanpa terikat dengan kontrak dan komitmen. Kiranya mereka ni adalah “Game Changer” yang akan mengubah pengalaman perkhidmatan mudah alih dengan manawarkan produk digital tercanggih di Malaysia.

Jelas kat sini Yoodo sangat berpotensi untuk memberi kesan baik kepada pengguna di Malaysia kerana mereka cuba memberitahu telko yang lain agar tidak sesuka hati mengawal pengguna mengikut kehendak mereka semata-mata. Haha!

Ohmedia sendiri dah cuba. Kami ada 3 nombor Yoodo ni. Hehe. | ​sumber

10 Sebab Kenapa Yoodo Lebih Baik Dari Telko Lain

1. Kawal Sendiri Ikut Kehendak

Dari aplikasi Yoodo yang korang boleh download di Android dan iOS, semuanya korang boleh kawal sendiri mengikut keperluan korang. Kalau korang lebih banyak guna call dan kurang main internet (mungkin kat rumah dah ada Wifi), korang boleh adjust sendiri berapa data yang korang perlukan.

Begitulah sebaliknya kalau korang nak lebih gunakan internet dan jarang guna call. Ada lebih 1000 kombinasi unik untuk pelan yang korang boleh buat sendiri. Senang cerita dari aplikasi Yoodo ni, korang boleh adjust mengikut kehendak sendiri dan semuanya dihujung jari. Power kan?!

2. 100% Online wei!

Korang tak akan jumpa kedai fizikal untuk Yoodo ni kat mana-mana. Ini kerana memang telko Gen-Y dan segalanya melalui apps dan online sahaja. Ini sekaligus lebih memudahkan urusan pengguna kalau ada sebarang pertanyaan ataupun masalah. Sangat menjimatkan masa dan tenaga. Nak daftar dan beli nombor pun semuanya online melalui app Yoodo di Google Playstore atau Apple App Store. Pada kami, ini adalah genius dan futureproof!!

3. Kad Sim & Penghantaran Percuma

Setiap pengguna yang mendaftar menerusi aplikasi mudah alih Yoodo, akan menerima kad SIM secara PERCUMA dan boleh memilih khidmat penghantaran biasa yang akan mengambil masa 1 hingga 3 hari ataupun memilih khidmat penghantaran segera dalam tempoh 2 jam sahaja. Untuk penghantaran segera, caj RM15 akan dikenakan dan ianya hanya terhad di kawasan Lembah Klang sahaja (buat masa sekarang).

4. Ada Rebat GST!!

Mungkin ramai yang gembira kalau tak perlu bayar GST kan? Pengguna warganegara Malaysia berpeluang untuk mendapat rebat GST daripada perkhidmatan tersebut. Ini bermakna, korang sebenarnya membayar kurang daripada harga yang dipaparkan. Rebat akan dimasukkan semula ke akaun bil kad kredit anda selepas pembayaran.

5. Coverage 4G Paling Luas Di Malaysia!

Yoodo ini sebenarnya sebahagian daripada Celcom juga jadi jangan risau walaupun mereka telko yang masih baru, tetapi backbone mereka sangat kuat dan di mana sahaja kawasan yang menjadi “Territory” Celcom, maka disitu juga adalah kawasan Yoodo beraksi sempurna dengan sambungan 4G paling luas di Malaysia.

6. Tidak Terikat Dengan Sebarang Jenis Pelan

Yoodo tidak membebankan kita dengan sebarang jenis pelan hingga 12 atau 24 bulan seperti telko lain. Dengan Yoodo, korang boleh tukar kepada pelan lain secara bulanan ataupun batal and aktifkan semula Yoodo bila-bila masa sahaja tanpa ada sebarang caj pembatalan. Fuh!

7. Boleh Hotspot Ikut Suka

Tak ada sebarang limit kalau korang nak tether atau set sebagai hotspot. Lepas tu bolehlah enjoy internet di laptop atau fon korang yang lain tanpa sebarang masalah ataupun sebarang caj tambahan.

8. Roaming

Korang yang selalu travel tu, Yoodo ada Roam-Like-Home add-on. So korang boleh roaming di 12 buah negara dengan selamber macam berada di Malaysia. Buat masa ini ‘Roam-Like-Home’ tersedia di 12 negara seperti India, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Cambodia, Singapore, Indonesia, Philippines, Thailand, Laos, dan Brunei.

9. Senang Tukar

Korang boleh kekalkan nombor yang korang pakai sekarang tak kiralah dengan telko mana pun, dan beralih kepada Yoodo dengan sangat mudah sekali dan tanpa sebarang caj. Dengan cara ni korang tak perlu nak pakai dan berkongsi nombor baru dengan kenalan.

10. Tiada Caj Tersembunyi

Tiada caj tersembunyi dan tiada sebarang cetakan kertas dengan Yoodo. Apa yang kita lihat, itulah yang kita dapat. Memang direct to the point. Boleh dikatakan ini baru betul pelan mudah alih yang kita sendiri boleh kawal ikut suka hati kita.

Untuk info lanjut, korang tengok sendiri di website www.yoodo.com.my ataupun boleh cari @yoodoMY di Facebook dan Instagram.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas