Connect with us

Oh! Media

10 Perkara Tentang iOS 14 Yang Akan Hadir Pada iPhone Korang Nanti!

Umum

10 Perkara Tentang iOS 14 Yang Akan Hadir Pada iPhone Korang Nanti!

Minggu lepas Apple baru sahaja mengumumkan ciri yang bakal hadir pad iOS 14 di mana dijangka akan dilancarkan pada bulan September ini. Berdasarkan ciri yang bakal hadir, ada beberapa ciri yang sangat menarik perhatian kami. Oleh itu kami ingin kongsikan 10 ciri iOS 14 yang bakal hadir pada iPhone korang nanti.

ADVERTISEMENT

App Library

Sumber gambar dari Cnet

Secara asasnya, ciri yang hadir ini membolehkan pengguna iPhone menyusun app mengikut kumpulan atau list dengan option membenarkan pengguna menyembunyikan app tertentu pada home screen iPhone. Selain itu, ciri ini juga secara automatik menyusun app berdasarkan apa yang pengguna gunakan. Jelas dengan ciri ini, iPhone korang nampak lebih kemas dan teratur!

Widget Pada Home Screen

Sumber gambar dari Cult of Mac

Sebelum ini widget dipaparkan pada satu halaman skrin khas, kini korang boleh menambah widget di mana-mana bahagian home skrin iPhone korang. Widget yang didatangkan nanti akan hadir dengan beberapa variasi bagi memudahkan korang menyusun app dan widget berkenaan pada home screen iPhone korang dengan lebih kemas.

Picture-In-Picture

Sumber gambar dari Cnet

Ciri ini bukanlah benda baru, kerana Android sudah menggunakan ciri ini sejak beberapa tahun lepas lagi. Namun dengan ciri yang bakal hadir membolehkan korang memainkan video sambil membalas Whatsapp atau scrolling Instagram. Dengan ciri ini, korang boleh meningkatkan produktiviti korang misalnya mencatat nota penting pada Notes sambil menonton video picture-ini-picture di YouTube.

New Message

Sumber gambar dari Cnet

Antara keistimewaan yang didatang untuk ciri ini adalah korang mampu untuk pin favourite contact pada bahagian atas app Message korang, membolehkan korang mempunyai akses mudah untuk berbual dengan kenalan dan juga family. Meskipun agak tidak relevan buat masa kini dengan adanya Whatapp dan telegram, sekurang-kurangnya ia memudahkan korang bila diperlukan. Group Chat juga turut di upgrade dengan bebenang reply dan mention. Emoji juga ditambah dengan 20 pilihan rambut dan headwear, termasuklah face masks.

Siri Yang Dinaik Taraf

Sumber gambar dari Harian Teknologi

Dikatakan Siri pada iOS 14 nanti akan dinaik taraf, di mana Siri berkenaan mempunyai kemampuan untuk menjawab lebih banyak soalan dan lebih kompleks dengan info yang lebih banyak dari website yang disokong. Siri juga mampu untuk menghantar audio message, disamping Apple mahu menaiktaraf teknolologi suara-ke-teks untuk memudahkan untuk mesej melalui Siri.

Translate App

Sumber gambar dari Apperel Geek

App ini membolehkan korang translate frasa atau perkataan dengan menggunakan voice-to-text technology di mana ia menyokong 11 bahasa. Antaranya, Inggeris, Mandarin, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Jepun, Korea, Arab, Portugis, dan Rusia. Lebih menarik, ia mampu berfungsi meskipun dalam keadaan offline. Apple mendakwa, translation berkenaan dilakukan melalui machine learning devices.

Guides And Cycling

Sumber gambar dari MacRumors

iOS 14 bukan sahaja membawa pembaharuan pada paparan, bahkan ia turut menaiktaraf app Maps pada iPhone korang. iOS baru ini akan membolehkan korang mengakses “guide” untuk explore tempat baru beserta cara untuk kesana. Turut ditambah adalah cycling route, di mana ia akan menunjukkan maklumat tentang elevation route dan kesibukan jalan. Bagaimanapun, cycling route ini hanya tersedia untuk New York, San Francisco, Shanghai dan Beijing setakat

Electrical Vehice (EV) Routing

Sumber gambar daro TechCrunch

Tentunya dengan ciri ini ia akan menggembirakan EV drivers. Sebab, ia akan navigate para drivers untuk pergi ke charging stations terdekat melalui ciri EV Routing pada Maps. Selain itu ciri ini juga mampu untuk track baki kuasa yang tinggal pada EV setelah ia dikonfigurasi.

Sokongan Untuk CarPlay

Sumber gambar dari YouTube

Untuk CarPlay, iOS 14 ini menawarkan lebih wallpaper dan juga Maps improvement. Untuk wallpaper, ia membolehkan korang customize rupa bentuk wallpaper berkenaan. Dikatakan, ia akan mempunyai transition antara light dan dark modes. Berdasarkan carian kami, Maps improvement ini termasuk memudahkan pengguna iPhone mencari local Apple Store dan mengenal pasti stores mana yang menawarkan same-day-repair.

App Clips

Sumber gambar dari South China Morning Post

Ciri ini membolehkan korang melancarkan beberapa app tanpa membuka app berkenaan secara penuh, misalnya Meesages, Maps, NFC tags dan juga QR Codes. Bukan itu saja, Apple Pay dan Sign in with Apple turut diintergrasikan, bagi memudahkan korang melengkapkan sesuatu pembelian.

OHMEDIA: TENTUNYA DENGAN UPDATE TERKINI DARI APPLE UNTUK iOS 14 NANTI, IA AKAN MEMBERIKAN PENGALAMAN BARU KEPADA PENGGUNA iOS NANTI.

+ Baca respon pembaca 10 perkra tentnang iOS 14 yang baka dilancarkan kelak di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas