Connect with us

Oh! Media

10 Perkara Tentang Brunei Dari Pandangan Rakyat Malaysia

Oh! Lifestyle

10 Perkara Tentang Brunei Dari Pandangan Rakyat Malaysia

Brunei memang sebuah negara yang amat disegani. Biarpun bersaiz kecil, namun Brunei menjadi sebuah negara yang kaya-raya serta mempunyai pemimpin yang amat disegani seluruh dunia. Berikut adalah apa yang dikongsikan oleh NurAin Syuhada di Facebook’nya tentang 10 perkara tentang Brunei yang sedikit sebanyak boleh menjadi rujukan untuk rakyat Malaysia yang menyimpan impian untuk berkunjung ke Brunei. Enjoice!

ADVERTISEMENT

1. Nak jumpa motor kat Brunei memang susah.

Sepanjang perjalanan di Brunei ni, Ain perhati je moto kat atas jalan ni, tapi memang susah nak jumpa mat mat rempit kat Brunei ni. Ini kerana, mereka selalu naik kereta je dan kalau ada pun motor, tapi ta banyak.

2. Bangunan rendah

Bangunan mereka rendah-rendah je dan kalau ada pun mungkin tak sampai 20 bangunan yang tinggi-tinggi.

Kalau datang Brunei, travel dalam 2 hari 1 malam dah cukup kot sebab sempat je nak cover tempat menarik ( Masjid Omar Ali Saiffuddien, Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Mosque, Brunei Art Gallery, Brunei Museum, Malay Technology Museum dan banyak lagi) dalam masa 2 hari tu.Kalau travel ke Brunei ni, bawa keluarga dating melancong

3. Tulisan Jawi

Sama macam kat Kelantan dan Kedah. Sehinggakan kat airport pun guna tulisan Jawi. Dari sudut ini, Ain puji kerana masihmengekalkan tulisan Jawi. Brunei & Tulisan Jawinya.

4. Dollar Brunei.

Matawang yag diguna pakai adalah Dollar, tapi disana apabila berurusan antara peniaga dan pelanggan mereka menggunakan nilai Ringgit. Contoh, Nasi Katok 1 Ringgit adalah 1Dollar Brunei

5. Lesen Memandu

Lesen memandu Malaysia boleh digunakan di Brunei. Jadi, jangan risaulah tentang lesen memandu kat sini. Had laju bagi lebuhraya100km/h, kalua hujan 70km/h

6. Tiada GST

Hak ni syok la, shopping ta dak GST, makanpun ta dak GST, ehh semua la ta dak GST

7. Imigresen di Brunie agak “Strict”

Sebelum berlepas ke KLIA2, bagi penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur, pastikan hand carry anda adalah sebanyak 7kg sahaja ( termasuk handbag sekali ye) Shampoo kene buang baq hang!

8. Arrival card

Sebelum mendarat di lapangan terbang Brunei, cabin crew akan agihkan kad imigresen kepada kami untuk mengisi ruang tersebut.

9. Data internet

Bila Ain travel dengan suami, suami yang beli SIM. Dia akan aktifkan personal hotspot jadi, kami share je untuk data internet. Tapi untuk trip Brunei ni, suami Ain amek data 1GB sahaja. Sama macam di Iran, personal hotspot disable untuk Iphone. Jadi Ain berhuhuhuhu saja. Balik hotel baru dapat wifi. Hahaha

10. Makanan memang best !

Bila dah sampai Brunei kene cuba Ambuyat dah juga penuhkan perut apabila ke Pasar Gadong. Bawa 10 Dollar pun tak habes guna kot. Confirm diet korang kelautttt.
InshaAllah, anda anda jugak akan berpeluang datang ke Brunei!

Gambar & Info kredit kepada Ain Syuhada.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas