Connect with us

Oh! Media

10 Perkara JANGAN BUAT Sewaktu travel Backpacker

Oh! Lifestyle

10 Perkara JANGAN BUAT Sewaktu travel Backpacker

 

ADVERTISEMENT

Banyak info pasal travel terangkan apa korang kena buat kan? Kali ni nak share perkara yang korang JANGAN BUAT:

  1. Jangan makan atau minum di kawasan tumpuan pelancong

    by logik harga yang diletakkan memang mahal. Lagi satu kuantiti makanan
    pun sedikit. Sebab bila owner cafe or restoran tau yang pelancong ni
    takkan datang balik, jadi depa tak perlu risau dengan tahap konsistensi
    penyediaan makanan. Logik kan?

  2. Jangan tukar duit di airport

    Airport adalah lapangan terbang. Logik akal mengatakan kapal terbang
    banyak digunakan oleh pelancong perniagaan atau mereka yang ada banyak
    duit. Selain itu, kos sewa premis di lapangan terbang juga lebih mahal.
    Jadi untuk menampung kos, depa akan kenakan caj tambahan setiap kali
    kita nak tukar duit. Kalau terdesak, just tukar dalam kuantiti sedikit
    sebelum tukar di bandar.

  3. Jangan abaikan travel insurans


    Travel insurans personal dengan airlines insurans tak sama.
    Sebaiknya beli Travel insurans khas. Ia boleh cover semua kejadian yang
    tidak diingini sewaktu berada di luar negara. Kecederaan, kehilangan
    harta dan flight delay semua dah cover. Travellah dengan hati yang
    tenang. Baru kita dapat sesuatu dari hasil travelling kita nanti.

  4. Jangan abaikan penginapan di hostel


    Apabila disebut hostel, kerap kali kita terbayang suasana
    asrama sekolah yang tidak terurus dan toilet yang kotor. Di Eropah,
    penginapan di hostel telah menjadi trend di kalangan traveller. Selain
    harganya yang murah, banyak kemudahan seperti memasak dan melepak
    disediakan. Kita juga berpeluang mendapat ramai kawan baru. Mana tau
    tulang rusuk korang ada kat situ kan? Rambut blonde dan mata biru lagi!

  5. Jangan naik teksi


    Sebaiknya elakkan teksi kecuali korang dalam kumpulan yang
    ramai atau dah lewat malam.Tak kira teksi tu guna meter atau tidak, yang
    pasti ia akan memakan bajet yang besar dalam kos travel anda. Sedaya
    upaya cuba cari public transport yang lain dulu.

  6. Jangan tukar atau ganti masa korang dengan wang ringgit

    Adakala kita sangat teringin untuk berjimat sewaktu travel. Untuk jimat
    sekitar rm100, korang sanggup ambik flight yang ada 2 kali transit.
    Adakah berbaloi rm100 dengan korang terpaksa letih dan macam2 ragam kat
    airport lagi. Ya, ia berbaloi kalau korang jalan kaki 10 minit
    berbanding bayar bas RM5 tapi untuk perjalanan jauh ia akan merugikan
    masa dan tenaga. Kita tak perlu terlalu berkira seteruk itu. Selalu buat
    penilaian wajar antara masa dan wang

  7. Jangan tempah terlalu awal

    Mungkin ada yang excited gila nak travel dan tak nak kelam kabut
    keja last minute. Tapi kadang2 persediaan terlalu awal boleh sebabkan
    korang bayar lebih mahal. Sabar dan tunggu promotion dari airlines dan
    hotel. Untuk flight, biasanya airlines akan buat promo 2 bulan sekali
    dan waktu terbaik sekitar 4 hingga 10 minggu sebelum fly. Airlines akan
    letakkan harga base on permintaan.

  8. Jangan masuk mesin imbasan badan selagi beg korang tak masuk dulu


    Ada kemungkinan orang di belakang kita ada bawak barang
    terlarang. Dia akan try and error letak barang di tray kita. Kalau tak
    sangkut di mesin, dia akan ambik balik. Kalau sangkut kita jenuh nak
    menjawab. Sentiasa beringat sikit kita kat negara orang. Macam-macam
    boleh jadi

  9. Jangan kedekut duit untuk wrap bag korang kat KLIA

    Ada kemungkinan beg pecah atau barang korang kena rembat agak masa
    loading bag masuk kargo. Paling sadis kalau ada orang masukkan barang
    terlarang. Kita nak travel kalau boleh tak nak benda benda tak seronok
    berlaku. Just ambik langkah pencegahan je.

  10. Jangan abaikan tourist info

    Tempat yang paling selamat untuk korang bertanya arah dan tempat menarik
    adalah di sini. Mereka dibayar gaji untuk bagitau korang perkara
    terbaik apa yang sedang berlaku dan apa yang patut anda buat dan lawat.
    Secara amnya, mereka tau keseluruhan tentang bandar tersebut dan info
    biasanya tepat dan pasti korang takkan kena scam punya. Try ni ya..
    korang takkan sesat.

Sumber : http://tmplbackpackers.my

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas