Connect with us

Oh! Media

10 Fakta Tentang Pesawat QZ 8501 AirAsia Yang Hilang

Umum

10 Fakta Tentang Pesawat QZ 8501 AirAsia Yang Hilang

1. Pesawat jenis Airbus A320 AirAsia Indonedia QZ 8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapore membawa 155 penumpang yang terdiri dari 138 dewasa, 16 kanak-kanak, 1 bayi manakala 4 kabin krew dan 2 juruterbang.

ADVERTISEMENT

2. Pesawat yang memulakan pernerbangan pada jam 5.20pagi itu terputus hubungan pada jam 7.24pagi dan sepatutnya sampai ke lokasi yang dituju pada jam 8.20pagi.

3. Juruterbang pesawat sempat melakukan komunikasi terakhir dengan Pengawal
Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta pada jam 6.12 pagi waktu
Indonesia.

4. Pesawat AirAsia QZ 8501 penerbangan dari Surabaya ke
Singapura sempat melaporkan akan
menghindari awan tebal sebelum hilang.

5. Cuaca buruk mungkin menjadi faktor kehilangan pesawat QZ 8501.

6. Kedudukan terakhir pesawat itu dikesan pada ketinggian 32,000 kaki dari paras laut di Laut Jawa sebelum dilaporkan hilang.

7. Difahamkan hanya seorang penumpang adalah rakyat Malaysia, seorang
rakyat Singapura, tiga rakyat Korea Selatan dan selebihnya rakyat
Indonesia yang berada didalam pesawat tersebut.

8. Ahli keluarga mangsa yang terlibat mula berkumpul di perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya selepas mendapat berita tentang kehilangan pesawat.

9. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib yang berada di negeri pantai timur kerana melihat keadaan mangsa yang terlibat banjir memberitahu kerajaan akan berusaha untuk mencari pesawat tersebut.

10. Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim),
Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan
AirAsia Indonesia QZ 8501, menurut laporan Kompas.com.

Sumber : Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas