Connect with us

Oh! Media

10 Aplikasi Telefon Pintar Yang Lelaki Patut Ada

Umum

10 Aplikasi Telefon Pintar Yang Lelaki Patut Ada

ADVERTISEMENT

Kini boleh dikatakan 90% manusia di dunia adalah pengguna telefon pintar atau smartphone. Tak kira jantina lelaki mahupun wanita. Namun, sebagai lelaki tahukah anda tentang 10 aplikasi yang patut ada dalam telefon mahal korang tu? Jom tengok!

10. Facebook

Senang cakap, siapa yang ada smartphone tu kalau kat dalam tak ada app Facebook ni macam agak janggal jugalah kan. Inilah app yang paling mudah menghubungkan anda dengan kawan-kawan di seluruh dunia. Ramai juga yang bertemu jodoh di Facebook ni sejak kewujudannya lagi. Fungsi messenger (app berasingan) juga sangat memudahkan interaksi antara pengguna serta membolehkan anda call kawan-kawan dan keluarga menggunakan app tersebut secara percuma. Tapi kalau tanya kami, kami lebih prefer Google+ berbanding Facebook.

9. EverNote

App yang akan memudahkan pengurusan hidup anda seharian agar lebih tersusun, teratur dan efisyen. Lelaki yang berkerjaya biasanya menggunakan app ini ataupun sebarang app lain yang sama fungsi sepertinya.

8. Waze

Kalau dulu orang pakai Papago atau Garmin, sekarang orang pakai WAZE sahaja sebab lebih mudah kerana di’install kat dalam smartphone, maps yang sentiasa up to date dan paling penting, WAZE ni mempunyai komuniti jadi kalau ada roadblock dia beritahu, ada banjir dia beritahu, ada AES dia beritahu, ada kemalangan pun beritahu dan macam-macam lagi yang akan membantu perjalanan kita agar menjadi lebih mudah.

7. Cool Guy

Dengan adanya app macam Cool Guy ni, tak perlu pening dah nak fikir hari ni nak keluar pakai apa. Barulah trendy sikit kan?!

6. Spotify

Oh! Media sendiri pelanggan premium Spotify ni dengan bayaran RM6 sahaja setiap bulan. Boleh buat playlist berapa banyak lagu pun yang korang suka. Untuk add lagu perlukan internet, kemudian kalau korang on kan offline mode, maka tak ada internet pun semua lagu boleh didengar. Spotify juga mempunyai app di OS X dan Windows yang mana sentiasa sync dengan baik antara pc dan phone.

5. Abs Workout

Muka dah jambut dah tapi perut buncit pun tak syok bro! Tak payah pening-pening nak cari guru mengajar korang untuk workout sebab banyak gila app yang boleh membantu korang setiap hari. Duit jimat, masa pun jimat.

4. Boom Beach

Antara game yang menjadi kegilaan ramai ketika ini terutamanya kaum lelaki. Dibina oleh syarikat terkemuka SUPERCELL, game ini mempunyai kelainan dan memerlukan otak yang hebat untuk merancang strategi. Apapun ianya tetap menyeronokkan dan gerenti siapa yang main game ni, hari-hari akan buka tanpa miss. Bila miss rasa tak sempurna hidup. Hehe. Clan Oh! Media di “Oh! Media Army”

3. ESPN ScoreCenter

Untuk kaki sukan, tidakkan app ni penting untuk korang? Hehe. Satu lagi app yang amat berguna untuk peminat bola sepak tentulah Live Score. Senang gila nak tahu result mana-mana match yang korang terlepas.

2. WhatsApp

Biarpun kalau nak ikutkan, banyak lagi yang lagi best dari WhatsApp ni seperti WeChat, Telegram dan Line, tapi nampaknya disebabkan komuniti WhatsApp ni dah terlalu besar, ramai orang lebih aktif menggunakan WhatsApp berbanding mana-mana app sepertinya. Sinilah tempat orang lelaki bergosip mengalahkan kaum wanita. Sebab tu kalau lepak mamak ke diorang cerita benda huhaa huhaa tergelak-gelak macam orang gila. Rata-ratanya sambungan dari group WhatsApp la tu. Kalau nak share apa-apa story menarik dengan Oh! Media, boleh juga hantar ke WhatsApp kami di 012-9231562. Heh iklan jap! 😛

1. Clash Of Clans (COC)

Orang lelaki kalau tak ada game ni dalam smartphone mereka, memang tak sah. Ramai yang putus cinta sebab game ni apa taknya sampai girlfiend pun terabai. Keluar dating tapi sibuk main COC. Ada kes dah nak nikah pun sempat lagi main COC! Hokaloh teruk punya gian diorang ni. Hahaha! Game ini juga dibina oleh SUPERCELL dan menjadi sebuah game fenomena ketika ini di dunia.

P/s – Clan Oh! Media: #OM_TROOPERS

Sebenarnya banyak lagi app yang menarik ada dalam phone seorang lelaki, tapi memandangkan ini artikel tentang 10 app untuk kaum lelaki, kami senaraikan 10 ajelah kan? Banyak lagi app yang patut ada dalam smartphones lelaki contohnya seperti aplikasi yang menjadikan anda lebih kreatif seperti Instagram, Youtube, VSCOcam, Snapseed, MIX dan sebagainya. Untuk yang sentiasa perlu diingatkan untuk solat pada awal waktu, banyak aplikasi waktu solat dapat membantu.

Jangan lupa untuk follow Oh! Media di Facebook dan Instagram. Stay tuned untuk 10 aplikasi telefon pintar yang perempuan patut ada pula!!

————————————————————
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas