
Trending
Youtuber Terkenal Dikecam Netizen Selepas Promosi Syarikat Judi ‘Online’?
Oleh
Minum arak, berjudi adalah antara perbuatan yang haram dari segi hukum Islam. Seperti yang kita tahu, sebarang penglibatan yang berkaitan dengan dua perkara ini adalah sangat dilarang.
Youtuber terkenal ditaja syarikat judi?
Semalam tular di media sosial selepas beberapa ciapan yang dibuat di Twitter mendakwa seorang Youtuber terkenal terlibat dalam mempromosikan syarikat judi menerusi saluran Youtubenya.
Seorang YouTuber terkenal terima income dari syarikat judi. Bila dia buat event beri duit percuma, ramai pula datang. Yang tengah mengandung pun sanggup berlari sampai tergolek. Tapi tak apa lah, asalkan bukan babi semua halal kot.
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) April 26, 2022

Setelah diselidiki, Youtuber terkenal yang mempromosikan syarikat judi ‘online’ menerusi saluan Youtube merupakan saudara Isa Isarb. Bahkan, syarikat yang dipromosikan itu juga memang wujud dan terkenal dalam menjalankan perniagaan kasino.
Dia ni Islam ke?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai tanggapan dan reaksi di ruangan komen Twitter uzairyusuf berhubung tindakan influencer muda itu mempromosikan judi ‘online’ di saluran YouTubenya.




Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dan penjelesan yang dibuat Isa berhubung dengan isu ini.
Diharapkan influencer tersebut segera memberikan penjelasan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku dalam kalangan masyarakat. Nak-nak pula, isu ini berkait dengan judi yang merupakan haram di dalam Islam.
Kredit: Twitter Uzairyusof | Roman Akramovic
