Connect with us

Oh! Media

Youtuber Korea Kantoi Buat Hal Lagi, Peluk Islam Sekadar ‘Content’?

Daud Kim

Trending

Youtuber Korea Kantoi Buat Hal Lagi, Peluk Islam Sekadar ‘Content’?

Sekian lama mendiamkan diri, nampaknya permohonan maaf Daud Kim sebelum ini hanyalah sandiwara semata-mata.

Ini berikutan dakwaan lelaki itu berada di kelab malam di Turki baru-baru ini selain menari rapat bersama seorang wanita.

BACA: (Video) “Maafkan Saya” – Daud Kim Perjelaskan Kisah Sebenar Selepas Viral Semula Dakwaan Cubaan Merogol

IKLAN

Seperti yang diketahui ramai, Daud Kim merupakan seorang penyanyi Korea yang memeluk Islam tak lama dulu dan popular sebagai YouTuber yang berkongsi kisah penghijrahan dan kehidupan hariannya.

Video yang dikongsikan di TikTok itu tular beberapa hari lalu dan terus hangat diperkatakan orang ramai sehingga kini.

Malah ada dakwaan menyatakan lelaki itu ke Turki bagi melengahkan proses penceraian yang sedang berjalan di antaranya dan isteri, Mia.

Tak cukup dengan itu, isterinya dikatakan berkongsi bukti di mana dia telah didera secara fizikal oleh Daud Kim.

Disebabkan Mia baru sahaja melahirkan anak kedua mereka, orang ramai tumpang simpati dengan nasib yang menimpanya.

Pernah dituduh cuba merogol seorang wanita ketika mabuk pada suatu masa dahulu, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap Daud Kim yang nampaknya masih tidak berubah.

Ada netizen mendakwa kisah dia memeluk Islam hanyalah publisiti murahan dan sekadar ‘content’ untuk meraih perhatian ramai sedangkan dia masih lagi melakukan perkara yang dilarang.

Syed Abdullah Pula Mohon Maaf   Sedia Terima Hukuman Dan Harap Jadi Pengajaran Buat Anak Muda

Macam-macam…

Kredit: KimchiDaily

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas