Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Lelaki OKU Dipukul Beramai-Ramai Di Pasar Tani Chukai, Polis Buru Suspek

Malam tadi tersebar video satu kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman, apabila seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental menjadi mangsa serangan fizikal.

Insiden ini berlaku selepas motosikal yang ditunggang mangsa secara tidak sengaja melanggar sebuah gerai jualan.

IKLAN

Mangsa, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, dilaporkan telah dipukul dan disepak oleh beberapa individu yang berang selepas barang jualan mereka terjatuh. Mangsa mengalami kecederaan dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman.

Mangsa dipukul beramai-ramai dan diseret…

Menurut saksi di lokasi, insiden tercetus apabila motosikal yang ditunggang Ahmad Nor Al Faizan, seorang pemegang kad OKU mental, tidak sengaja melanggar gerai jualan. Situasi itu mencetuskan pertengkaran mulut yang kemudian bertukar menjadi serangan fizikal oleh sekumpulan individu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Ja’far, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa laporan polis telah diterima.

Mangsa, seorang lelaki berusia 47 tahun, mengalami kecederaan akibat dipukul oleh beberapa individu. Dia telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.- Katanya.

Video tular cetus kemarahan netizen…

Video berdurasi hampir dua minit yang menunjukkan mangsa diserang menjadi tular di media sosial, mencetuskan kecaman hebat daripada netizen. Ramai yang menyuarakan rasa simpati terhadap mangsa dan menggesa agar pelaku segera dibawa ke muka pengadilan.

Difahamkan, Ahmad Nor Al Faizan sering mengunjungi pasar tani tersebut dan dikenali sebagai individu yang tidak agresif. Polis kini sedang giat mengesan mereka yang terlibat dalam serangan ini untuk membantu siasatan.

Siasatan di bawah seksyen 147 kanun keseksaan…

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Pihak polis turut mengingatkan orang ramai agar tidak bertindak melulu, terutama terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-859 2222.

#OhmediaNasihat

Insiden ini mengingatkan kita bahawa setiap manusia, tanpa mengira keadaan mental atau fizikal, harus dilayan dengan hormat dan belas kasihan.

Sebarang tindakan keganasan, lebih-lebih lagi terhadap golongan yang memerlukan perlindungan seperti OKU, adalah tidak wajar dan melanggar norma kemanusiaan.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Facebook


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas