Trending
“Yang Tahu Je Tahu, Psycho” – Kongsi Gambar Berdua, Kakak Umisya Mazlan ‘Warning’ Marissa Dania
Nama Marissa Dania kembali kecoh diperkatakan selepas dia memuat naik foto selfie bersama madunya, Umisya Mazlan.
Ramai beranggapan kedua-dua isteri kepada lelaki bernama Aslam ini sudah berbaik namun Umisya menjelaskan perkara sebaliknya.
Kakak kepada Umisya dikenali sebagai Kak Ya turut tampil mempertahankan adiknya. Dalam satu hantaran di Instagram, Kak Ya mempersoalkan motif Marissa memuat naik foto lama dengan kapsyen mengelirukan.



Kata Kak Ya lagi, memang adiknya seorang yang pendiam, reda dan sanggup mengalah demi untuk berdamai dengan takdir.
Namun, itu bukanlah tiket untuk orang lain ‘menggula-gulakan’ adiknya. Kak Ya juga memberi peringatan bahawa terdapat ramai orang di belakang Umisya.

Dakwa Kak Ya, tindakan Marissa membuatkan netizen menuduh adiknya sengaja ‘create’ content dan berdrama dengan isu poligami tersebut.

Pesan Kak Ya, berjaga-jagalah sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengelakkan kenyataan memakan diri sendiri.

Meninjau ke ruangan Instagram, anak perempuan kepada Abby Abadi dan Norman Hakim itu bagaimanapun tidak memberi sebarang respon balas merujuk secara langsung kepada isu yang sedang hangat diperkatakan tersebut.
Kredit: Instagram kakya_nadia
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM