Connect with us

Oh! Media

“Yang Kaya Sekarang Aku!” – Diana Danielle Balas Bila Disuruh Pikat Lelaki Kaya

Diana Danielle

Trending

“Yang Kaya Sekarang Aku!” – Diana Danielle Balas Bila Disuruh Pikat Lelaki Kaya

Pelakon dan penyanyi terkenal, Diana Danielle tampil mempertahankan dirinya selepas seorang netizen di TikTok mencadangkan agar dia mencari lelaki kaya demi kesenangan hidup.

Menurut laporan Oh Bulan, Diana tidak berdiam diri dan tampil beri respon mengenai perkara itu.

IKLAN

Nak cari duit, kerja. Kalau aku nak tangkap lelaki kaya, dah lama dah dik. Sekarang yang kaya aku ni!

Kenyataan berani ini mendapat sokongan padu daripada warganet yang memuji keberaniannya dan menasihatinya agar tidak melayan komen negatif.

“Lelaki pun ramai bergantung pada perempuan” – Diana Danielle

Diana turut menambah bahawa tidak semua lelaki mampu berdikari, malah ramai juga yang bergantung pada wanita dalam kehidupan.

Lelaki pun ramai je yang bergantung dekat perempuan.

Kenyataan tersebut membuka mata ramai mengenai dunia moden yang tidak lagi hanya bergantung kepada lelaki sebagai pencari nafkah tunggal.

Imbas kembali perjalanan rumah tangga Diana dan Farid

diana danielle

Untuk makluman, Diana dan pelakon Farid Kamil sah bercerai buat kali kedua pada 24 Mac lalu selepas kembali rujuk pada Ogos 2023. Pasangan ini berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Pssttt! Jangan pandang rendah pada wanita berdikari. Kekuatan sebenar bukan terletak pada siapa pasangan kita, tapi pada usaha dan keyakinan diri sendiri.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas