
Trending
Misi GSF: WhatsApp Ardell Aryana Tak Lagi Berfungsi, Komunikasi Melalui Signal
Menurut maklumat yang diterima, WhatsApp Ardell Aryana tak lagi berfungsi, berhubung guna signal.
Hati seorang suami mana yang tak bimbang apabila insan tersayang berada jauh di zon bergolak? Itulah yang dirasai pelakon Nadzmi Adhwa apabila isterinya, Ardell Aryana, kini menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Lebih mencabar, komunikasi antara mereka juga semakin terbatas apabila Ardell dilaporkan tidak lagi boleh dihubungi melalui WhatsApp sejak pagi tadi.
Perkembangan terkini, WhatsApp tidak berfungsi
Dalam perkongsian di Threads, Nadzmi menitip doa penuh harapan agar isterinya serta seluruh sukarelawan diberikan kekuatan dan perlindungan sepanjang misi.

Dia menyerahkan segalanya kepada Allah sambil mengakui betapa berat ujian berjauhan dengan isteri di situasi berisiko sebegini.
Nadzmi juga meluahkan rasa gementar menantikan perkembangan terkini, apatah lagi bila misi yang disertai Ardell bakal memasuki kawasan konflik pada bila-bila masa.

Pssttt! Semoga seluruh pasukan GSF dapat menyempurnakan misi dengan selamat. Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
