Trending
2 Kapal Perang Turkiye Iringi Global Sumud Flotilla, Malaysia Antara Yang Terlibat!
2 kapal perang Turkiye iringi Global Sumud Flotilla ke Gaza selepas berdepan ancaman dron. Aktivis Malaysia turut terlibat dalam misi ini.
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi sama ada pengiring itu hanyalah simbolik atau perlindungan aktif. Namun, langkah ini dianggap penting selepas flotilla berdepan ancaman dron dan gangguan sepanjang perjalanan.
Menurut laporan Kosmo, GSF sendiri membawa lebih 50 bot awam yang menyertai misi bantuan ke Gaza, termasuk aktivis antarabangsa.
Kapal bermasalah diselamatkan Turkiye

Dalam perkembangan lain, Turkiye turut membantu sebuah kapal flotilla bernama Johnny M yang mengalami masalah enjin selepas dimasuki air.
Kapal itu berada di kawasan segi tiga antara Crete, Cyprus dan Mesir ketika menghantar panggilan kecemasan.
Turut berada di atas kapal tersebut ialah aktivis dari Luxembourg, Perancis, Finland, Mexico dan Malaysia.
Global Sumud Flotilla ucapkan terima kasih

Menerusi satu kenyataan di Instagram, pihak GSF menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Turkiye dan Bulan Sabit Merah atas bantuan pantas yang diberikan.
Pemindahan penumpang dikatakan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Pssttt! Setiap usaha kemanusiaan pasti ada cabarannya. Apa yang penting, semangat solidariti dan keberanian perlu diteruskan demi keadilan buat mereka yang tertindas.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM