Connect with us

Oh! Media

Waris Nak Masuk Di Luar Waktu Melawat, Tak Patuh Peraturan Punca Guard Mengamuk

Guard Mengamuk

Trending

Waris Nak Masuk Di Luar Waktu Melawat, Tak Patuh Peraturan Punca Guard Mengamuk

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan pergaduhan yang berlaku di antara orang awam dan pengawal keselamatan Hospital Teluk Intan, Perak.

Dalam rakaman yang dimuat naik itu, kelihatan pengawal keselamatan naik angin namun berjaya ditenangkan rakan setugas yang lain.

Kejadian jam 11 malam

Buletin TV3 melaporkan, punca pertengkaran adalah disebabkan waris pesakit ingin hantar salinan x-ray kepada pesakit di wad perempuan di luar waktu melawat.

IKLAN

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri, pengawal akan membenarkan waris masuk jika individu yang menjaga pesakit ditukar ganti. Ianya kerana hanya seorang sahaja waris dibenarkan berada di wad pada satu masa.

Tempoh lawatan yang dibenarkan oleh pihak hospital bermula dari 12.30 tengah hari hingga 2 petang bagi sesi pagi manakala sesi petang bermula dari 4.30 petang hingga 7 malam. Kejadian didapati berlaku pada 11 malam.

Namun, pihak waris enggan patuh peraturan sehingga menimbulkan provokasi pengawal bertugas dan berlakunya pertengkaran.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas