Connect with us

Oh! Media

Warga Israel Ditahan Mengaku Tidak Bersalah

Shalom

Trending

Warga Israel Ditahan Mengaku Tidak Bersalah

Sebelum ini tular berita lelaki warga Israel ditahan sebelum ini atas tuduhan perdagangkan pistol dan juga peluru yang mengundang kerisauan orang ramai. Lelaki tersebut mengaku tidak bersalah setelah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

BACA: Ini Alasan Warga Pendatang Haram Israel Masuk Malaysia

Menurut laporan Berita Harian, warga isreal, Avitan Shalom dikatakan memperdagangkan enam pucuk pistol dan memiliki 158 peluru di sebuah hotel di ibu negara.

IKLAN

Shalom dikatakan telah masuk ke ibu negara menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis kerana mempunyai dua kewarganegaraan.

Mengaku tidak bersalah

Sebaik tuduhan dibacakan oleh jurubahasa, Shalom mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar dan minta dibacarakan.

Saya faham tuduhan, tidak bersalah.

Shalom dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta disebat tidak kurang daripada enam kali jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh telah dibawa ke bilik mahkamah dengan kawalan ketat dari empat anggota polis yang memakai penutup muka.

Semoga kes ini disiasat dengan lebih teliti dan diberi hukuman yang setimpal jika bersalah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas