Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Rebah Dan Meninggal Dunia Di Pusat Mengundi

Trending

Warga Emas Rebah Dan Meninggal Dunia Di Pusat Mengundi

Ketika menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, seorang warga emas dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

ADVERTISEMENT

BACA : Wanita Positif Wabak Keluar Mengundi, Beri Alasan Tidak Tahu SOP

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku di sebuah pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) San Chai, Parit Unas daerah Muar.

Warga emas tersebut secara tiba-tiba rebah sebelum melakukan undian kemudian tidak sedarkan diri di tempat kejadian dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke tempat kejadian.

Mangsa telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Walaubagaimanapun, polis sedang jalankan siasat lanjut bagi mengenal pasti sebab berlakunya kematian. 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas