Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Maut Terjatuh Daripada Motor, Sebab Nak Elak Anjing Liar

Ohmedia ateyn Featured Image 88

Trending

Warga Emas Maut Terjatuh Daripada Motor, Sebab Nak Elak Anjing Liar

Seorang warga emas yang berusia 69 tahun telah meninggal dunia di Jalan Pusat Perniagaan Silibin, Ipoh, kira kira jam 7.15 pagi.

Dipercayai wanita itu terjatuh daripada motorsikal dan telah mengalami kecederaan parah di kepala kerana ingin mengelak daripada anjing yang berkeliaran di kawasan itu.

Menurut laporan Astro Awani, kejadian itu berlaku ketika wanita tersebut ingin menghantar cucunya, Adam Mikeil Shaizul Nizam ke sekolah.

IKLAN

Menerusi rakaman kamera litar tertutup di kedai yang berhampiran, anak mangsa Sazrin Mohd Mohtar berkata ibunya cuba mengelak anjing yang datang dari arah hadapan.

Kata anak mangsa lagi, rakaman CCTV di tempat kejadian menunjukkan beberapa ekor anjing mengejar motosikal yang lalu lalang.

Dia berharap agar pihak tertentu seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dapat mengambil tindakan yang sepatutnya agar kejadian ini tidak berulang lagi.

Kalau betul anjing-anjing itu menjaga premis perniagaan di situ, sepatutnya haiwan tersebut berada di dalam kawasan pagar, bukannya dibiarkan berkeliaran di luar.

Tambah-tambah lagi ia berdekatan dengan kawasan sekolah, sudah tentu sangat bahaya kepada budak-budak sekolah, khususnya mereka yang berbasikal.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner meminta saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

Ohmedia ateyn Featured Image 88

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas