Trending
Suami Hidap Kanser Kulit, Isteri Gigih Bonceng Sejauh 50km Walaupun Dah Beberapa Kali Jatuh Motor
Walaupun hidup serba kekurangan, seorang suri rumah tak pernah terfikir untuk meninggalkan suaminya yang kini menghidapi kanser kulit.
Sebaliknya, dia sanggup membonceng suami sejauh 50 kilometer daripada rumahnya ke Hospital Tanah Merah, Kelantan sekurang-kurangnya 3 kali sebulan demi rawatan suami.
Menurut laporan Harian Metro, wanita yang dikenali sebagai Siti Aminah turut membawa anak bongsu mereka yang baru berumur 3 tahun ke hospital.

Perjalanan dengan motosikal melalui laluan berbukit dan jalan tidak berturap menyebabkan kadang-kadang suami terpaksa turun dari motosikal yang usang dan berjalan.
Saya beberapa kali terjatuh daripada motosikal kerana jalan yang agak sukar untuk dilalui selain licin terutama sewaktu hujan.
Keadaan suami makin teruk, terpaksa catu makanan
Lebih sedih lagi, keluarganya terpaksa mencatu makanan disebabkan keadaan suaminya semakin teruk sejak menghidapi penyakit itu, dua tahun lalu.
Setiap bulan kami perlu menyediakan RM300 khusus untuk ubat-ubatan berbayar selain yang diterima daripada hospital kerajaan. Anak-anak pula masih bersekolah, jadi kos yang perlu ditanggung setiap hari agak tinggi.
Ada masanya saya perlu mencatu makanan serta membeli ikan yang paling murah di pasar supaya keluarga dapat mengisi perut pada setiap hari. Selain itu, saya juga turut menjaga ibu yang mempunyai sakit mental.
Aminah berkata walaupun bantuan bulanan yang diterimanya tidak mencukupi, dia tetap redha dengan ujian ini kerana suami banyak berjasa dalam menjaganya dan anak-anak.
Betul lah kan, kita sanggup buat apa sahaja bila dah sayang dekat seseorang tu. Semoga Aminah sentiasa dikurniakan kesihatan dan suaminya kembali sembuh daripada penyakitnya. Amin..

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Harian Metro
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM