Connect with us

Oh! Media

Trending

Warga Emas Maut, Kereta Dipandu Langgar Tembok Penghadang Tol

Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya merempuh tembok penghadang tol.

BACA: Mangsa Gangguan Seksual Da’i Syed Tarik Balik Laporan Polis

IKLAN

Harian Metro melaporkan kejadian itu berlaku selepas warga emas berkenaan melanggar tembok penghadang berhampiran pondok di Plaza Tol Taman Rimba Templer, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar).

Sumber: Harian Metro

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.44 pagi tadi.

Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat kemalangan membabitkan Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun yang melanggar tembok penghadang berhampiran pondok di plaza tol berkenaan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis sambilan di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas