Connect with us

Trending

Wanita Terkejut Apabila Bungkusan iPhone 12 Pro Max Yang Ditempah Menjadi Yogurt Epal

Baru-baru ini, seorang wanita membeli iPhone 12 Pro Max di sebuah laman web pada 16 Februari lepas. Apa yang mengejutkan, buka jer bungkusan dan mendapati hanya dapat yogurt berperisa epal sahaja. Pergh! Sendu betul kalau jadi macam ni.

Wanita dari Wilayah Anhui, Timur China ini membelanjakan sebanyak 10,099 yuan yang dianggarkan sebanyak RM6,300 untuk membeli iPhone tersebut. Apa yang korang buat kalau jadi macam ni?

IKLAN

Akaun media sosial wanita ini kemudiannya viral dan orang ramai mula komen tentang hal ini. Ada yang berpendapat bahawa kehilangan telefon pintar itu mungkin disebabkan pekerja syarikat kurier yang telahpun menukarkan bungkusan tersebut.

Walaubagaimanapun, polis disana sedang menyiasat perkara ini sebagai kes curi. Semoga kita di Malaysia dijauhkan dari perkara sebegini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas