Connect with us

Oh! Media

Remaja Tunggang Motosikal Parah Digilis Treler

Trending

Remaja Tunggang Motosikal Parah Digilis Treler

Semalam, seorang remaja berusia 20-an telah digilis sebuah treler dan mengakibatkan dirinya cedera parah yang melibatkan muka, pinggang dan bahagian kaki. Pergh! Ngeri betul dengar.

ADVERTISEMENT

BACA : Langgar Pembahagi Jalan, Wanita Tunggang Motosikal Maut

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku di jambatan baru menghala Tamadam, Bandar Sultan Sulaiman, Klang dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis.

Panggilan kecemasan diterima pihak bomba pada jam 3.45 petang dan seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera di muka, pinggang dan bahagian kaki telah diserahkan kepada ambulan untuk dibawa ke hospital.

Berdasarkan maklumat, remaja yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda itu telah digilis dan punca kejadian masih belum dipastikan lagi.

Semoga perkara sebegini dijauhkan dari kita semua. Semua dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan berhati-hati dijalanraya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas