Connect with us

Oh! Media

Wanita Mengamuk Kereta Kena ‘Block’ Lebih Sejam Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Ohmedia kereta Block

Trending

Wanita Mengamuk Kereta Kena ‘Block’ Lebih Sejam Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Wanita mohon maaf dan sanggup tanggung kos kerosakan Perodua Ativa.

Tular di media sosial semalam rakaman video menunjukkan seorang wanita mengamuk apabila keretanya kena ‘block’ oleh Perodua Ativa yang ‘double park’.

Difahamkan, ketika itu dia telah menunggu lebih satu jam namun, pemandu Perodua Ativa tidak juga kelihatan.

Pemilik kereta Perodua Ativa buat laporan polis, Ayu mohon maaf

Marah dengan keadaan tersebut, wanita terbabit telah menghentak 4 penjuru kereta sehingga menyebabkan kerosakan.

IKLAN
Double Park

Terbaru, wanita yang dikenali sebagai Ayu Noorsiah tampil memohon maaf kepada pemilik Perodua Ativa dikenali sebagai Encik Mohamad.

@ayu.noorsiah

KES VIRAL DOUBLE PARKING …TOLONG PADAM POSTING DI MANA2 MEDIA SOSIAL..BANTU AYU👏👏👏JIKA ADA SHARE TOLONG DELETE.. AYU MERAYU .. PENGAJARAN BAGI AYU SUPAYA TIDAK MENGUNAKAN KEKERASAN.. AYU MOHON MAAF PADA EN MOHAMAD DAN ISTERI👏👏👏👏

♬ original sound – AYU NASI LEMAK RM1 – AYU NASI LEMAK RM1

Dia mengaku terlalu mengikut emosi dan berjanji akan menanggung kos kerosakan kereta Encik Mohamad.

Dia juga memohon orang ramai memadam video kejadian yang menyebabkan reputasi Encik Mohamad sebagai ahli perniagaan terjejas.

Pssttt! Dalam situasi tegang macam ni, memang mudah untuk kita hilang sabar. Tapi tindakan mengikut emosi selalunya hanya akan memburukkan keadaan. Harapnya kes ini jadi pengajaran untuk semua supaya lebih bertolak ansur dan fikir panjang sebelum bertindak.

Kredit: TikTok ayu.noorsiah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas