Connect with us

Oh! Media

“Selamat Datang Ke Keluarga”– Abang ‘Spill’ Hubungan Syed Saddiq Dengan Bella Astillah?

Syed Saddiq Bella Astillah

Trending

“Selamat Datang Ke Keluarga”– Abang ‘Spill’ Hubungan Syed Saddiq Dengan Bella Astillah?

Abang Syed Saddiq, Space Dollah beri bayangan Bella Astillah ‘masuk keluarga’? Netizen mula buat spekulasi hubungan mereka!

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Space Dollah tiba-tiba mencuri perhatian ramai.

Menerusi laporan mStar, Dollah seakan memberi bayangan tentang hubungan adiknya bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Saya hargai awak. Saya sayang awak. Selamat datang ke ke… baru nak cakap selamat datang ke keluarga, eh.

Ayat ‘terlepas cakap’ itu terus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen!

IKLAN

Bella Astillah siap beri hadiah, hubungan makin rapat?

Syed Saddiq Bella Astillah

Dalam masa sama, Dollah turut berkongsi keterujaannya apabila menerima hadiah daripada Bella ketika siaran langsung di TikTok.

Bella! Bella! Dia bagi saya banyak sangat hadiah. Oh, saya tahu kenapa dia bagi hadiah.

Lebih menarik, Dollah juga gembira melihat layanan Bella terhadap ibunya ketika sambutan hari raya sebelum ini.

Bila dia bagi angpau dekat mama, saya rasa happylah… Sekarang dia bagi saya hadiah. Terima kasih banyak, Bella.

Netizen dah mula buat spekulasi

Bella Astillah

Perkongsian itu membuatkan ramai mula membuat spekulasi bahawa hubungan antara Bella dan Syed Saddiq mungkin lebih serius daripada yang disangka.

Ada juga netizen mendakwa wujud ura-ura pertunangan dalam masa terdekat.

Ada ura-ura BASS bakal bertunang 28.3.2026, betul ke?

Macam dah tak boleh tahan nak luah sesuatu!

Pssttt! Kadang-kadang perkara kecil boleh jadi petunjuk besar. Apa pun, biarlah tuan badan sendiri yang sahkan. Kita doakan yang baik-baik sahaja.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas