Connect with us

Oh! Media

ayahanda

Trending

Wanita Diekori Dua Lelaki Yang Cuba Lakukan Perkara Tak Senonoh Sampai Ke Rumah!

Tindakan dua lelaki warga Nepal melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita tempatan di Taman Bukit Subang, Seksyen U16 akhirnya membawa padah apabila mereka ditangkap orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Menurut laporan Kosmo, kejadian yang berlaku pada 26 Februari itu menjadi tular selepas ada satu video berdurasi 2 minit 39 saat menunjukkan kedua-dua suspek dibelasah orang awam.

IKLAN

Mangsa diekori hingga ke rumah

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, berkata laporan diterima kira-kira 6.04 petang daripada mangsa yang mendakwa telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki warga Nepal tidak dikenali ketika berada di bawah blok sebuah pangsapuri.

Mangsa dipanggil oleh suspek sambil memasukkan tangannya ke dalam seluar dan membuat isyarat lucah. Dia kemudian naik semula ke rumahnya, tetapi suspek mengekori bersama rakannya.

Bukan tu jer, suspek turut bertindak agresif memegang pintu grill rumah mangsa sambil memanggilnya keluar, menyebabkan wanita tersebut menghubungi abang saudaranya untuk meminta bantuan.

Ditahan tanpa dokumen sah

pdrm

Orang awam yang menyedari kejadian itu bertindak menahan dan ‘mengajar’ kedua-dua suspek sebelum menyerahkan mereka kepada pihak polis.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan kini direman selama 14 hari, bermula 27 Februari hingga 12 Mac, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ayu Asliza Othman di talian 019-399 4871.

#ApaKataOhmedia

Gangguan seksual bukan perkara remeh! Jika anda mengalami situasi mencurigakan atau merasa terancam, segera dapatkan bantuan daripada pihak berkuasa atau hubungi individu terdekat. Sentiasa berjaga-jaga dan utamakan keselamatan diri!

ayahanda

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: –


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas