Connect with us

Oh! Media

Pegawai Polis Didakwa Bawa Wanita Baru Kenal Pulang Ke Rumah Sebelum Mencium Dan Meraba

rogol

Trending

Pegawai Polis Didakwa Bawa Wanita Baru Kenal Pulang Ke Rumah Sebelum Mencium Dan Meraba

Seorang wanita mendakwa telah di cabul dengan lelaki dipercayai seorang pegawai polis. Biar betul?

Menurut laporan Utusan, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Taman Sentosa dekat Kampar, Jumaat lepas.

Wanita berusia 23 tahun yang merupakan seorang kerani bengkel kereta itu mendakwa suspek bertindak mencium dan meraba payudaranya ketika berada di rumah lelaki itu pada pukul 10.30 malam.

IKLAN

Mangsa dikatakan baru saja mengenali lelaki itu melalui laman sosial Facebook telah berjumpa suspek bagi mendapatkan penjelasan bagaimana lelaki itu mengenalinya.

Kemudian, mangsa diajak lelaki itu menaiki keretanya dan dibawa ke rumah suspek di mana kejadian cabul itu berlaku.

Mangsa berjaya menghalang perbuatan suspek dan dia telah dihantar pulang di tempat mereka berjumpa. Mangsa yang ketakutan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

Mangsa mendakwa suspek kini mengganggunya dengan meminta dia menarik semula laporan polis yang dibuat.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul Kehormatan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas