Connect with us

Oh! Media

Pelajar IPT Dicekup Berkhalwat, Konon Tengah ‘Study Group’ Bersama Dalam Bilik Hotel

Untitled Design   1

Trending

Pelajar IPT Dicekup Berkhalwat, Konon Tengah ‘Study Group’ Bersama Dalam Bilik Hotel

Dua orang pelajar yang bakal bergelar doktor gigi ditangkap khalwat di sebuah hotel di Bakar Arang, Sungai Petani hari ini. Allahu..

Menurut laporan Harian Metro, mereka lambat membuka pintu selepas diketuk penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) dan memberi alasan sedang ‘study group’. Kah!

Kedua-dua mereka yang berusia 20-an itu ditahan selepas pihak berkuasa menerima aduan awam antara 12 tengah malam hingga 3 pagi tadi.

IKLAN

Pada awalnya, mereka tidak mahu untuk buka pintu selepas sedar kehadiran anggota penguat kuasa dan perkara ini dikatakan sendiri Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail.

Kita terpaksa mendapatkan kunci pendua daripada penjaga hotel selepas hampir 30 minit mengetuk pintu.

Siasatan mendapati penuntut wanita berasal dari Taiping, Perak, manakala pasangannya berasal dari Selangor, malah mereka gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas