Connect with us

Oh! Media

Wanita Beri Alasan Sudah Bercerai 4 Tahun Masa Kena Tangkap Basah Dengan Pasangan Kantoi Menipu

Untitled Design   1

Trending

Wanita Beri Alasan Sudah Bercerai 4 Tahun Masa Kena Tangkap Basah Dengan Pasangan Kantoi Menipu

Seorang wanita yang merupakan isteri orang tergamak menipu telah bercerai 4 tahun semasa ditangkap khalwat.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah hotel di Ujong Pasir, Melaka tengah malam tadi dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat.

Wanita yang berusia 37 tahun itu kantoi belum bercerai lepas dia memberikan kad pengenalannya kepada pihak berkuasa. Lelaki yang berusia 40 tahun itu pula mengaku telahpun berkahwin dan dalam proses penceraian bersama isterinya.

IKLAN

Dia pada mulanya mendakwa teman lelakinya itu hanya datang melawatnya di situ. Malah, lelaki itu cuba keluar dari bilik hotel apabila menyedari kehadiran penguat kuasa JAIM.

Namun, kecekapan penguatkuasa meminta dia pulang ke biliknya sebelum mendapati seorang wanita berada di dalam dan apabila ditanya kedua-dua mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan.

Mereka berdua dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas