Connect with us

Oh! Media

Vokalis Azzara Band Dedahkan Disihir, Kemaluan Terasa Panas Dari Tengah Malam Hingga Ke Pagi

Trending

Vokalis Azzara Band Dedahkan Disihir, Kemaluan Terasa Panas Dari Tengah Malam Hingga Ke Pagi

Komposer yang juga merupakan vokalis bagi kumpulan Azarra Band, Ejai Aziz menyatakan bahawa dia telah disihir sehingga menyebabkan dia berasa sakit di bahagian kemaluannya.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, kemaluannya akan berasa panas bermula dari tengah malam hingga ke waktu pagi selama tiga bulan pada tahun yang lalu.

BACA: “Ingat Lepas Kahwin Ujian Berkurang..” – Caprice Minta Bantuan, Isteri Disyaki Terkena Sihir

Menurut Harian Metro, Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz, 35, itu memaklumkan bahawa pengalaman yang dilaluinya itu amat mengerikan sehingga dia berasa tiada harapan lagi untuk hidup selepas menghadapi penyakit misteri berkenaan.

Sebenarnya, pada setiap malam selama tiga bulan saya menanggung derita sakit di bahagian kemaluan yang berasa panas tiba-tiba tepat jam 12 tengah malam. Rasa panas itu semakin menjadi-jadi sekitar jam 3 pagi dan ‘hilang’ apabila azan Subuh.

Jadi, saya pun ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut menerusi pemeriksaan doktor. Namun, ia membingungkan apabila saya diberitahu oleh doktor yang keputusan pemeriksaan kesihatan amat baik.

Penyanyi kumpulan Azarra Band yang yang terkenal dengan lagu Alalala Sayang itu turut memaklumkan bahawa sebanyak enam kali dia mendapatkan rawatan di hospital bagi mendapatkan keputusan yang tepat namun tiada apa-apa penyakit kronik dihidapinya.

Jadi, saya nekad mencuba pula rawatan Islam dengan bertemu dua orang ustaz untuk berubat. Bagaimanapun, saya dikejutkan dengan berita sedih kerana didakwa sudah terkena sihir.

Tambah penyanyi itu lagi, dia dimaklumkan bahawa sihir itu sudah lama berada di dalam badannya, namun hanya disedari pada Mac tahun lalu selepas berat badannya semakin susut mendadak serta tidur malamnya terganggu akibat kemaluan terasa panas seperti dibakar.

Ejai yang juga merupakan seorang bapa kepada dua anak berkata dia masih lagi dalam proses pemulihan untuk sembuh selepas berubat menggunakan rawatan Islam.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas