Connect with us

Oh! Media

(Video) Wanita Tampil ‘Back Up’ Aisyah Yang Sering Bersolek Tidak Mengikut Umurnya

Aisyah

Oh! Artis

(Video) Wanita Tampil ‘Back Up’ Aisyah Yang Sering Bersolek Tidak Mengikut Umurnya

Anak perempuan kepada pelakon jelita Rozita Che Wan iaitu Aisyah Dhia Rana sering dikecam netizen kerana tidak menjalani zaman kanak-kanak sebenar kerana sering mengenakan solekan.

Berikutan isu itu, seorang wanita tampil mempertahankan Aisyah yang suka bersolek menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Wanita berbangsa Cina itu berkata ia dalah satu perkara yang normal bagi seorang kanak-kanak perempuan menunjukkan minat dalam solekan.

IKLAN
Aisyah

Ramai yang kata anak Che Ta tidak menjalani kehidupan kanak-kanak kerana memakai ‘makeup’.

Sebenarnya dia memang sedang menjalani kehidupan sebagai seorang kanak-kanak. Jangan cakap awak tidak pernah bermain dengan alat solek ibu awak dan tak pernah pakai ‘makeup’ semasa kecil dahulu.

Saya tahu anak Che Ta tidak memakai ‘makeup’ ini sendiri tetapi saya pasti itu adalah hasil solekan yang dia mahukan.

Malah, wanita itu juga berkongsi beberapa keping gambarnya sewaktu kecil dan dia juga selalu mengenakan solekan.

Saya sendiri pakai ‘makeup’ setiap kali saya keluar rumah sehinggalah saya baligh kerana ketika itu saya mengalami masalah jerawat yang teruk. Sebab itulah saya berhenti bersolek sehingga sekarang.

Saya masih ingat setiap kali saya ke pasar raya, saya akan ke bahagian alat solek dan saya cuba memakai ‘tester’ yang disediakan. Itulah zaman kanak-kanak saya.

@yingthehokkienlaobu

It’s only overboard when it becomes an obsession. I don’t think her mom (che ta) forced her into this, she was simply copying her mom. It’s a very kid thing to do. You guys identified the wrong root. If there is anything that her mom has been doing wrong, it would be that her mom did not explain to risk of long term exposure to makeup. #malaysiantiktok🇲🇾 #fyptiktokmalaysia🇲🇾 #fypmalaysia🇲🇾 #malaysiatiktokviral #cheta #anakcheta #rozitachewan

♬ original sound – Hokkien_LaoBu – YingTheHokkienLaobu

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan wanita berkenann dan turut berkongsi zaman sewaktu mereka kanak-kanak yang selalu bermain dengan alat solek dan barang ibu mereka.

BACA: “Toilet Dia Besar Rumah Aku” – Netizen Tergamam Tengok Bilik Dan Tandas Aaisyah Dhia Rana!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas