Trending
(Video) Tragedi Tangki Air Pecah, 6 Kereta Rosak Terkena Serpihan Tangki
Satu tragedi tangki air pecah yang berlaku di sebuah pangsapuri terletak di Taman Mas, Puchong telah menyebabkan kerosakan teruk terhadap enam buah kereta milik penghuni pangsapuri tersebut.
BACA: Tanah Runtuh, Jalan Terbelah Dua – Ini Antara Tragedi Yang Berlaku
Memetik laporan daripada Utusan, kerosakan berlaku disebabkan oleh serpihan tangki air yang pecah yang jatuh lalu menghempap beberapa kenderaan yang terlibat. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
@malaysianupdatenews Rakaman tangki air apartment pecah di Taman Mas Puchong. Dah Macam air terjun😳 harap tiada sesiapa yang cedera. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ The sound of a waterfall. – Satoru Saito
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan bahawa kejadian itu berpunca daripada tangki air pecah yang dianggarkan berada pada kedudukan 60 kaki.
Serpihan tangki air tersebut jatuh dan menimpa beberapa buah kereta. Jumlah kereta yang rosak adalah sebanyak enam buah dan mengalami kerosakan teruk. Kami dimaklumkan bantuan lori air bersih dari Syarikat Air Selangor sudah dihantar untuk keperluan penghuni 172 unit pangsapuri yang terjejas.
Wan Kamarul juga menasihatkan agar pemilik kenderaan yang terjejas akibat daripada tragedi itu supaya hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan polis bagi proses tuntuan insuran kenderaan.
Antara kereta yang terlibat
6 kenderaan rosak teruk selepas tangki air Blok A Apartment Penaga Mas Taman Mas, Puchong, Selangor pecah.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) October 27, 2022
Tiada kemalangan jiwa dan hanya kerosakan harta benda.
Bantuan lori air bersih Air Selangor dihantar untuk bekalan 172 unit rumah. pic.twitter.com/GCv52PP1Ob
Kredit: Utusan | TikTok malaysianupdatenews | Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

