Connect with us

Oh! Media

(Video) Tidak Dapat Tahan Rindu, Adik Menangis Cium Salinan IC Arwah Abang

Trending

(Video) Tidak Dapat Tahan Rindu, Adik Menangis Cium Salinan IC Arwah Abang

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu semuanya di tangan Allah SWT. Hanya Dia yang berkuasa dan mengetahui bila dan bagaimana kematian seseorang manusia itu.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Murid OKU Menangis Dan Meraung Dimarahi Bapa Pelajar Kelas Lain Kerana Botol Air

Namun, apa perasaan kita apabila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita? Sudah pasti kita akan merindui susuk tubuh yang sering kali sentiasa bersama dengan kita sebelum ini.

Terjumpa salinan kad pengenalan dalam almari arwah

Itulah perasaan yang dialami seorang adik kepada pengguna TikTok Tacaa Anuar yang kehilangan abang tercintanya lebih kurang seminggu yang lalu.

@tacaaanuar Ya allah sumpah tak kuat tengok adik mcmni hm 😭 #alfatihah ♬ Tiara – Raffa Affar

Menerusi video tersebut, adik kepada Tacaa itu dilihat menangis sambil mencium sekeping kertas yang merupakan salinan kad pengenalan milik arwah abangnya.

Difahamkan, adiknya menjumpai salinan kad pengenalan itu pada almari kepunyaan arwah abangnya ketika ingin menutup pintu almari yang terbuka.

Dia terlalu rindu dan sayangkan arwah abangnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih dengan pemergian abang kepada adik kecil itu dan mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Begitulah kasih dan sayang sesama adik-beradik. Sudah pasti jiwanya bagai direntap apabila kehilangan orang yang tersayang lebih-lebih lagi ahli keluarga.

Kredit: TikTok Tacaa Anuar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas