
Trending
(Video) Suka Lori Sampah, Netizen Puji Dua Beradik Tidak Berasa Geli Bergambar Bersama Pekerja
Oleh
Sebut sahaja mengenai pekerjaan mengutip sampah, pasti ramai yang akan memandang serong bahkan ada yang berasa geli dan tidak tahan dengan bau busuk sekiranya mendekati lori mahupun pekerja mengutip sampah itu.
BACA: (Video) Tengah Syok Masak Daging Tepi Sungai, Tiba-Tiba Tempat Bakar Meletup
Tetapi haruslah kita ingat bahawa tanpa mereka, sampah yang dibuang pasti tidak akan terurus dan akan dibiarkan begitu sahaja dan akan mencemarkan persekitaran di sekeliling kita.
Tidak kekok dan geli bergambar bersama pengutip sampah
Tular satu video yang dimuat naik pengguna bernama eyjarahim di TikTok, yang menunjukkan gelagat dua anaknya bergambar bersama seorang pekerja pengutip sampah.
@eyjarahim Dia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami. ❤️✨
⬠original sound – Rachel Grae
Menerusi video tersebut, dapat dilihat dua anak kecil itu sangat gembira dan teruja apabila dapat bergambar bersama pekerja trsebut.
Eyja turut memaklumkan bahawa dua orang anaknya itu sangat meminati lori sampah dan mereka menanam cita-cita untuk menjadi pengutip sampah satu hari nanti.
Kagum dengan sikap dua anak kecil ini
Perkongsian Eyja di TikTok ini mendapat respon yang sangat baik dari warganet. Rata-rata mereka memuji didikan yang diberikan Eyja dan suaminya terhadap dua anak kecil mereka.



Sejuk hati melihat sikap yang ditunjukkan dua kanak-kanak comel ini.
Kredit: TikTok eyjarahim
