Connect with us

Oh! Media

(Video) Tengah Syok Masak Daging Tepi Sungai, Tiba-Tiba Tempat Bakar Meletup

Oh! Tidak

(Video) Tengah Syok Masak Daging Tepi Sungai, Tiba-Tiba Tempat Bakar Meletup

Bila ke air terjun, memang tak sah kalau tak berkelah sekali kan? Selain aktiviti mandi manda, ramai yang bawa peralatan memasak seperti barbecue untuk santapan keluarga. Seronok betul!

ADVERTISEMENT

BACA: Mangsa Dipercayai Merokok Sebelum Kereta Bawa Mercun Bola Meletup

Tapi korang harus berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok ini.

Tengah syok masak daging di tepi sungai, tiba-tiba tempat bakar tersebut meletup! Nasib tak cedera teruk.

@huzaifahmiorbadri Reply to @alakazammmmmmmm98 ♬ original sound – Huzaifah Mior Badri

Difahamkan, kejadian berlaku ketika pengguna TikTok Huzaifah Mior Badri berkelah di Kalumpang Selangor. Tempat bakar itu meletup disebabkan tekanan udara dalam simen bawah tempat bakar.

Di ruangan komen, ramai yang menjelaskan dari sudut sains mengenai tekanan haba ketika panas menyebabkan batu atau simen meletup. Ramai juga yang pernah mengalami pengalaman serupa iaitu tempat memasak meletup.

Diharapkan kejadian ini boleh dijadikan pengajaran buat semua. Berhati-hatilah ketika berkelah di tepi sungai atau air terjun.

Kredit: TikTok Huzaifah Mior Badri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas