
Trending
(Video) Suap Vape Dalam Mulut Bayi, Pemuda Ini Teruk Dikecam Netizen
Oleh
Seperti yang kita tahu, tabiat merokok dan menghisap vape bukan sahaja memberi kesan buruk kepada si perokok, bahkan ia turut membahayakan kesihatan orang sekeliling terutamanya kanak-kanak.
BACA: ‘Saya Cuma Bergurau’ – Beri Anak Hisap Vape, Bapa Mohon Maaf
Jadi, sewajarnya perlu dielakkan daripada menghisap ataupun mendedahkan perbuatan rokok itu terhadap anak kecil lebih-lebih lagi bayi bagi memastikan mereka dapat membesar dengan persekitaran yang baik dan sihat.
Suap vape dalam mulut bayi
Tapi lain pula dengan satu video yang dimuat naik mula seorang pengguna Twitter memaparkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada seorang bayi.
— . (@fanaizty) August 5, 2022
Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki menyuap rokok eletronik ataupun vape ke dalam mulut seorang bayi yang masih kecil.
Meskipun bayi itu tidak menyedut kandungan yang terkandung dalam vape tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu kerana perkara itu dikhuatiri bakal menjejaskan kesihatan badan bayi tersebut.
Sudah dilaporkan kepada JKM
Wanita yang memuat naik semula video itu kemudiannya bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya tindakan susulan bakal diambil.
Hasil dari info yang netizen berikan, saya telah laporkan ke jkm. Terima kasih semua. Harap perkara ini dipandang serius dan di ambil tindakan oleh pihak berkuasa. pic.twitter.com/Zb9i9Q8apT
— . (@fanaizty) August 6, 2022
Tak sayang nyawa anak agaknya
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pemuda itu yang seakan tidak memikirkan kesihatan si anak yang masih kecil.



Kredit: Twitter fanaizty
