Connect with us

Oh! Media

(Video) Samseng Jalanan Maki Dan Tunjal Kepala Perempuan, Netizen Minta Polis Siasat

tunjal kepala

Oh! Tidak

(Video) Samseng Jalanan Maki Dan Tunjal Kepala Perempuan, Netizen Minta Polis Siasat

Di media sosial, tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki tunjal kepala wanita dipercayai kerana tak berpuas hati dengan cara pemanduan wanita tersebut.

ADVERTISEMENT

Lelaki tersebut dilihat marah dan menegur wanita tersebut yang dikatakan boleh membahayakan nyawa orang lain.

Kejadian dipercayai berlaku ketika menuruni Cameron Highlands, Pahang di Jalan Tapah – Cameron Highlands.

Marah sampai tunjal kepala

Video asal yang dimuat naik pengguna Facebook Aizacd Zack kemudian dikongsi ribuan pengguna media sosial yang lain.

Rata-rata mengecam tindakannya yang bertindak keterlaluan apabila menyentuh perempuan. Dia juga menggunakan kata-kata kesat serta mengugut penumpang yang lain.

Netizen meminta pihak polis melakukan siasatan untuk memberi pengajaran kepada individu tersebut.

tunjal kepala

Kredit: Facebook Aizacd Zack | Instagram Yana Samsuddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas