Connect with us

Oh! Media

(Video) Oyen Terjebak Main Permainan Lampu Merah, Lampu Hijau Dalam Squid Game

squid game

Trending

(Video) Oyen Terjebak Main Permainan Lampu Merah, Lampu Hijau Dalam Squid Game

Trending betul siri drama Squid Game sekarang ni kan? Siri yang mengesahkan ratusan orang yang sedang alami banyak masalah kehidupan ini nampaknya berjaya menarik minat penonton seluruh dunia. Ada yang ada masalah hutang berjuta-juta, ada yang sedang dikehendaki pihak polis dan ada juga yang sedang diugut bunuh.

ADVERTISEMENT

Semua masalah ini membuatkan mereka terpilih untuk menyertai satu permainan tradisi kanak-kanak dan pemenang akan dapat sejumlah wang yang sangat banyak. Nak tahu apa jadi lagi korang kena tonton dekat Netflix.

Amaran SPOILER!

Dalam siri ini, peserta perlu menhabiskan 6 permainan dan antara yang mendebarkan adalah permainan lampu merah, lampu hijau. Permainan pertama ini menjadi antara tarikan untuk orang menonton apabila pemain perlu bergerak kehadapan tanpa dikesan mata kemera patung kanak-kanak dihadapan. Jika tertangkap bergerak walaupun sedikit, pemain akan ditembak hingga mati. Itulah apa yang paling menakutkan.

[VIDEO] Tak Sangka Oyen Pun Terjebak Scene ‘Squid Game’ -“Jangan Gerak Ekor Tu”
[VIDEO] Tak Sangka Oyen Pun Terjebak Scene ‘Squid Game’ -“Jangan Gerak Ekor Tu”

Oyen pun terikut-ikut main permainan sama

Rupanya, permainan ini bukan sahaja menarik perhatian manusia tapi turut menarik minat seekor kucing. Video Oyen ini viral di aplikasi TikTok selepas kucing bernama Doyyen itu cuba bermain permainan sama.

Doyyen dilihat hanya bergerak apabila lagu kanak-kanak itu dimainkan dan berhenti apabila lagu itu dihentikan.

@doyyentempayan

Beria plak dia menghayati watak drama ni.. Dia fikir dia pun tengah main game tu ke.. #cat #squidgame #catsoftiktok #fypシ

♬ original sound – Doyyen gemok

Tiktok video

Seram pula tengok ekor Doyyen bila tergerak-gerak sikit tu, takut kena tembak. Haha! Mungkin apa yang Doyyen lakukan ini hanyalah secara kebetulan. Ada banyak lagi permainan yang menarik dan mendebarkan dalam siri Squid Game ni dan kalau berpeluang untuk menonton, boleh tonton sekarang!

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas