Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Misteri Tiga ‘Kelibat’ Tepi Jalan Jadi Tanda Tanya

Keibat

Trending

(VIDEO) Misteri Tiga ‘Kelibat’ Tepi Jalan Jadi Tanda Tanya

Kelibat atau penampakan merupakan perkara misteri yang sering menjadi persoalan masyarakat. Ia lebih menjadi misteri apabila entiti itu muncul secara tiba-tiba tanpa kita sedari.

BACA: (Video)Misteri Kelibat Nenek Melintas Jalan Disahkan Bukan Jelmaan

Namun, tular sebuah video di laman media sosial apabila terakam tiga entiti serba putih yang sedang berjalan di dalam gelap.

IKLAN

Video berdurasi 38 saat yang dirakam melalui dashcam itu dipercayai berlaku di sebuah jalan Gua Musang, Kelantan pada 5.26 pagi.

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @phr_77 itu telah menjadi tular dan menimbulkan persoalan dari netizen.

Kelibat serba putih

Menerusi video itu, kelibat misteri itu sedang melalui bahu jalan di Gua Musang dan terakam melalui dashcam milik seseorang individu.

Entiti berpakaian serba putih itu dilihat tidak berjalan bersama, sebaliknya saling berjauhan antara satu sama lain ketika melalui jalan tersebut.

Ia semakin menjadi tanda tanya apabila kelibat tersebut mengenakan pakaian berwarna putih dan jelas kelihatan melalui video yang dikongsikan itu.

Video yang dirakam pada 28 Julai itu menjadi tular sehingga ada yang menyatakan bahawa ia merupakan perkara biasa yang sering berlaku di jalan itu.

Walaubagaimanapun, penampakan itu masih menjadi tanda tanya sama ada ia merupakan jelmaan manusia ataupun sebaliknya.

Kisah disebalik kelibat tersebut

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa terkejut dengan penampakan itu selain turut menceritakan kisah misteri berkaitan jalan tersebut.

Screenshot 399
Screenshot 406
Screenshot 402

Berjenaka SOP

Disebalik perasaan takut netizen, terdapat juga netizen yang berseloroh tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilakukan oleh entiti itu.

Screenshot 407
Screenshot 408

Orang Asli je tu

Terdapat juga netizen yang beranggapan entiti itu merupakan kaum orang asli yang sedang melintasi jalan tersebut pada awal pagi.

Screenshot 411
Screenshot 412

Benar ataupun palsu, ia masih menjadi misteri sehingga hari ini walaupun netizen telah memberikan seribu satu alasan disebalik kejadian itu.

Video yang dikongsikan itu telah mencapai sehingga 1 juta tontonan serta 35,000 lebih tanda suka.

Kredit: TikTok @phr_77

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas