Connect with us

Oh! Media

(Video)Misteri Kelibat Nenek Melintas Jalan Disahkan Bukan Jelmaan

Trending

(Video)Misteri Kelibat Nenek Melintas Jalan Disahkan Bukan Jelmaan

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah rakaman video yang dirakam melalui dashcam menampakkan seorang kelibat seperti nenek sedang melintas jalan di Jambatan Binjai Manis Ketereh, Kelantan pada pukul 3 pagi.

ADVERTISEMENT

Video yang tular itu memaparkan seorang pemandu melalui sebuah jalan yang gelap dan hanya disuluhi dengan lampu kereta sebelum kamera keretanya merakam sosok misteri sedang melintas jalan itu.

Walaubagaimanapun, misteri akan sosok itu akhirnya terjawab apabila individu tersebut yang sedang melintas jalan itu disahkan manusia biasa.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengendali laman Facebook Hello Kelantan, yang telah memuat naik gambar seorang warga emas yang dipercayai merupakan individu dibalik video tular itu.

Kelibat misteri yang menjadi tanda tanya netizen akhirnya terjawab selepas ia hanyalah individu warga emas biasa. (Sumber: Facebook Hello Kelantan)

Namun maklumat seperti nama, umur dan mengapa dia berjalan bersendirian masih tidak diketahui.

Ini mak cik yang dipercayai ditemui pada pada pukul 3 pagi di kawasan Jambatan Binjai Manis Ketereh yang tular di media sosial baru-baru ini sehingga menimbulkan pelbagai persepsi.

Hello Kelantan melalui hantarannya di laman Facebook turut menyatakan bahawa amat bahaya untuk seorang wanita warga emas untuk berjalan seorang diri pada waktu malam selain turut mendoakan kesihatannya.

Tangkap layar melalu hantarannya di laman Facebook menjelas cerita yang sebenar

Melalui hantarannya juga, ia menjadi tanda tanya netizen akan sebab utama mengapa wanita warga emas itu berjalan seorang diri dan seorang pengguna Facebook bernama Nur Nunu, yang menyatakan bahawa kemungkinan warga emas itu menghidap penyakit nyanyuk.

Mungkin mak cik ini ada penyakit nyanyuk atau sebagainya. Tolonglah pantau kasihan dia.

Walaubagaimanapun, rata-rata netizen dilihat risau akan keselamatan wanita itu yang dibiarkan berjalan seorang diri ketika waktu malam selain turut mendoakan kesihatannya.

(Sumber: Youtube)

Kredit: Kosmo!, Hello Kelantan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas