Connect with us

Oh! Media

(Video) Menyirap Tengok! Jiran Sempat Rakam Lelaki Tergamak Tendang Kepala Orang Tua Tidak Bermaya

tendang

Trending

(Video) Menyirap Tengok! Jiran Sempat Rakam Lelaki Tergamak Tendang Kepala Orang Tua Tidak Bermaya

Tidak pastilah apa salah pasangan suami isteri ini sampai kau sanggup tendang kepala orang tua yang tidak bermaya. Sakit betul hati ni bila tengok video yang baru sahaja dikongsikan di Facebook beberapa jam lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kerap Pukul Bapa Tiri” – Polis Sahkan Punca Sebenar Kejadian

Video yang dikongsikan Taa Qyum itu telah berjaya dirakam seorang individu yang menyorok disebalik tingkap bersebelahan rumah mangsa. Ia menunjukkan seorang lelaki yang dalam keadaan marah menendang kepala seorang lelaki warga emas yang terduduk di tanah bersama isterinya.

Isteri mangsa dilihat merayu agar mereka tidak diapa-apakan tetapi suspek yang masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang terus menendang mangsa dari arah belakang.

Punca kejadian tidak dapat dipastikan dan kita masih menanti laporan apa yang sebenarnya berlaku. Setakat ini, orang ramai hanya mampu meletakkan tanda #PDRM bagi menarik perhatian pihak berkuasa. Lokasi kejadian juga masih belum dapat dipastikan lagi.

TERKINI

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas