Connect with us

Oh! Media

“Kerap Pukul Bapa Tiri” – Polis Sahkan Punca Sebenar Kejadian

Trending

“Kerap Pukul Bapa Tiri” – Polis Sahkan Punca Sebenar Kejadian

Sebentar tadi baru je kami kongsikan video lelaki yang memukul dan menendang warga emas itu pula kena ‘tibai’ dengan orang kampung. 

ADVERTISEMENT

BACA : “Puas Hati Tengok Dia Kena Tibai” – Orang Kampung Serang Lelaki ‘Tendang’ Kepala Bapa Tiri Yang Tular?

Menurut laporan Harian Metro, perbuatan melampau lelaki berkenaan terjadi disebabkan bapa tirinya tidak memberikan wang kepadanya untuk membeli dadah. 

Kejadian dikatakan berlaku di rumah keluarganya di Kampung Ruat, Yan pada 8.30 pagi tadi dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji.

Selepas maklumat diperoleh, lelaki berkenaan dikatakan seorang penagih dadah tegar dan kerap memukul warga emas yang merupakan bapa tirinya yang berusia 71 tahun itu.

Mangsa yang mengalami sakit di dada dan muka kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya.

Suspek adalah seorang pesakit mental dan memiliki kad orang kurang upaya (OKU) mental yang disahkan oleh isteri mangsa.

Suspek telahpun ditahan pada 6.45 petang tadi untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas