Connect with us

Oh! Media

(Video) Lelaki Disimbah Asid Depan Rumah Selepas Kena Umpan ‘Delivery’ Hamper

asidpng

Trending

(Video) Lelaki Disimbah Asid Depan Rumah Selepas Kena Umpan ‘Delivery’ Hamper

Ohmedia takut betul bila tengok orang yang tak dikenali datang ke rumah kita untuk memberikan sesuatu. Haa, macam situasi baru-baru ni lah yang berlaku dekat seorang anggota polis ni. Cuba korang tengok video yang dirakamkan CCTV dekat bawah ni.




Kalau korang perasan ada seorang lelaki memakai sut biru dengan topi keledar menaiki motor ingin menghantar sebuah hamper kepada mangsa yang dipercayai anggota D7 IPK Pahang di depan rumahnya. Setelah mangsa mengambil hamper itu, suspek menyimbah asid ke arahnya.

Menurut perkongsian page Warga Kuantan di Facebook, mangsa telah mendapati melecur di bahagian tangan, dada dan belakang tengkuk. Mangsa tersebut dibawa ke Kuantan Medical Centre untuk dapatkan rawatan.

IKLAN

Kejadian ini terjadi di IM 8/42, Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota Kuantan, Pahang. Ish, geram betul! Ohmedia harap suspek itu ditangkap oleh pihak polis dengan secepat mungkin.  Ikhlas ke tak nak bagi hamper tu? Kalau tak ikhlas, buat apa nak datang.

OHMEDIA: HATI-HATI GAIS KALAU ADA ORANG YANG TAK DIKENALI DATANG RUMAH. KALAU NAK HANTAR BARANG DELIVERY MACAM TU, SURUH ORANG TU TINGGALKAN JER DEKAT DEPAN PINTU. KALAU POSLAJU TAK APA LAH NAK KELUAR RUMAH.

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca takut nak keluar rumah di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas