Trending
(Video) Kereta Sedang Bergerak, Pemandu Selamba Biarkan Kanak-Kanak Bertenggek Tepi Tingkap
Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan tiga kanak-kanak duduk bertenggek di tepi tingkap kenderaan jenis Perodua Alza di satu lebuh raya.
BACA : Basikal Dirempuh Kereta, Pelajar Lelaki Maut Tercampak Tepi Jalan
Menurut laporan Pandu Laju, kejadian dikatakan berlaku di Jalan Reko, Kajang pada 25 Disember lepas.
Tiga kanak-kanak yang masing-masing duduk di tingkap penumpang depan dan belakang dilihat gembira menikmati angin ketika kereta sedang bergerak. Allah, kita pulak yang seram tengok.
Kemudian, pemandu kenderaan tersebut mendapati sedang dirakam sebelum memecut. Di ruangan komen, ramai beranggapan bahawa pemandu tersebut langsung tidak mempedulikan nyawa kanak-kanak berkenaan. Buat jatuh sia-sia je nanti.
Dah kena tahan!

Bagaimanapun, pemandu berkenaan sudahpun ditangkap dan kanak-kanak tersebut merupakan anak saudaranya.
Kes akan disiasat bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 disebabkan penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.
Kredit: Pandu Laju | Funtasticko
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM