Connect with us

Oh! Media

Basikal Dirempuh Kereta, Pelajar Lelaki Maut Tercampak Tepi Jalan

basikal dirempuh

Trending

Basikal Dirempuh Kereta, Pelajar Lelaki Maut Tercampak Tepi Jalan

Kerap kali insiden basikal dirempuh kereta terjadi di negara ini. Namun, masih ada lagi anak-anak muda di luar sana yang membawa basikal secara melulu tanpa memikirkan tentang keselamatan diri mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Kemalangan Basikal Kru TV, Polis Terima Keterangan Pemandu Wanita

Kejadian di Batu 6, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak, seorang remaja lelaki berumur 14 tahun telah meninggal dunia apabila basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta.

Pemandu tak sempat elak, terlanggar mangsa

basikal dirempuh
Lokasi kemalangan maut yang mengorbankan seorang pelajar (Foto:Kosmo)

Menerusi laporan Kosmo, kejadian yang berlaku pada jam 7 pagi itu telah mengakibatkan seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kandi meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri menyatakan kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumah menuju ke sekolahnya. Basikal yang ditunggang mangsa telah keluar dari simpang sebelah kanan dan masuk secara melulu ke laluan kereta alza.

Tindakan mangsa yang keluar secara melulu menyebabkan pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa di bahagian hadapan.

Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak dan terjatuh di tepi jalan. Mangsa yang parah disahkan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat selepas ujian saringan Covid-19 dijalankan.

Menurut Ahmad Adnan, pemandu kereta itu merupakan seorang guru di sekolah swasta dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Diingatkan untuk ibu bapa sentiasa memesan kepada anak-anak untuk menunggang basikal dengan selamat dan tengok keadaan sekeliling sebelum melintas. Semoga keluarga mangsa tabah menerima berita yang pilu ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas