Connect with us

Oh! Media

(Video) Kedai Tutup Bila Najib Razak Datang? Ini Penjelasan Pemiliknya

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 11 09t214606829

Trending

(Video) Kedai Tutup Bila Najib Razak Datang? Ini Penjelasan Pemiliknya

Di Facebook, pemilik kedai Dak Lin Celup Tepung Bawah Pokok Pantai Siring di Merlimau, Melaka tampil menjelaskan video viral mendakwa pihaknya telah menutup kedai ketika ketibaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

BACA: “GST Perlu Dilaksanakan Secepat Mungkin” – Najib Razak

Video viral tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan rata-rata menuduhnya tidak melayan Najib dengan baik.

IKLAN
Screenshot 20211109 153252  01 scaled 1

Menurut Haslinda Musa, dia sebenarnya telah dimaklumkan mengenai kedatangan Najib lebih awal. Dia turut mengakui sangat teruja dengan kedatangan tersebut.

Katanya, pada hari kejadian kedai beroperasi seperti biasa. Sewaktu Bossku (Najib) tiba, air laut tengah pasang besar jadi pihaknya tidak dapat letak meja di bawah pokok. Disebabkan itu, pihaknya memindahkan meja masuk ke dalam kedai.

Tambahnya lagi, pada hari kejadian Bossku telah tiba 10 minit lebih awal daripada jadual. Jadi pihaknya kelam kabut untuk membersihkan kedai. Selepas sapu kedai, pihaknya menyusun semula meja.

Masa hari kejadian itu, kita buka kedai pukul 8 pagi, kita terpaksa buka meja dalam untuk orang awam sebelum Bossku datang.

Bossku datang awal 10 minit dari jadual dia, jadi kami kelam kabut tak sempat lagi nak bersihkan kedai, jadi kami terpaksa kemaskan meja, nak sapu lantai, lepas sapu lantai baru susun balik meja dalam kedai.

Kata Haslinda, tuduhan tidak melayan Najib Razak adalah tidak benar dan boleh merosakkan imej perniagaannya.

252652358 1199327523929520 3601940671181266378 n

Tidak mengambil hati, Najib dilihat berterima kasih kepada Haslinda kerana telah menjelaskan kekeliruan. Dia berterima kasih di atas layanan mesra dan hidangan enak yang disediakan.

Video viral

Kredit: Astro Awani | Dak Lin Celup Tepung Pantai Siring | Youtube Agenda Daily

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas