Connect with us

Oh! Media

(Video) Kanak-Kanak Lelaki Tercucuk Tongkat basikal

Trending

(Video) Kanak-Kanak Lelaki Tercucuk Tongkat basikal

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan setelah kaki kirinya tertusuk tongkat basikal.

ADVERTISEMENT

BACA: Warga Emas Maut, Kereta Dipandu Langgar Tembok Penghadang Tol

Kosmo Online melaporkan kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia sembilan tahun itu berlaku di Taman Mawar, Alor Setar.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 7.54 pagi dan mendapati tapak kaki kanak-kanak berkenaan tertusuk tongkat basikal yang diperbuat daripada besi setibanya mereka di tempat kejadian.

Pasukan kami kemudiannya memotong tongkat basikal tersebut menggunakan peralatan khas sebelum memberi rawatan awal termasuk membalut kaki kanak-kanak itu.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan selanjutnya menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)

Video kejadian turut dikongsikan di media sosial

Sementara itu, dapat dilihat tongkat besi yang menusuk kaki kanak-kanak terbabit masih berada pada kakinya semasa dibawa ke hospital menerusi satu video yang dikongsikan di media sosial.

@kosmoonline Keadaan kaki kanak-kanak lelaki yang tertusuk tongkat basikal dalam kejadian di Taman Mawar, Alor Setar, Kedah hari ini. #fyp #kedah #alorsetar #beritatiktok #trendingnewsmalaysia ♬ original sound – Kosmo!

Kredit: Kosmo | TikTok Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas