
Trending
(Video) Islamkan Saudara Baharu, Aisar Khaled Sekali Lagi Jadi Perhatian
Oleh
Selebriti media sosial, Aisar Khaled sebelum ini menerima kecaman gara-gara menjadikan pemergian penyanyi, Siti Sarah Raisudin sebagai ‘content’ di Youtube. Namun, selepas ditegur beberapa pihak, dia telah tampil memohon maaf.
BACA: Video Tanah Perkuburan Dikecam, Abang Youtuber Tampil Sekolahkan Netizen
Terbaru, dia sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila memuat naik video memaparkan dirinya sedang mengislamkan seorang saudara baharu.
Menerusi video berdurasi 2 minit dan 12 saat itu, Aisar Khaled dilihat mengambil pendekatan dakwah menceritakan mengenai tujuan hidup di atas dunia.
Dia seterusnya dilihat mengajar individu berkenaan mengucap dua kalimah syahadah sebelum saling berpelukan.
Doq, cuba comment sikit pasal video ni. Aku rasa rasa mcm ada potensi utk viral video ni pic.twitter.com/J2DESRRhOC
— Kagemane no Jutsu (@Najmi__Haikal) September 26, 2021
Perkongsian tersebut walau bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memujinya melakukan kerja dakwah sehingga seseorang memeluk Islam.
Ada juga yang menegur Instafamous ini mendakwa cara yang dilakukannya tidak bersesuaian. Malah, mereka mempersoalkan saudara baharu yang dilihat masih bingung dengan apa yang berlaku.



Salah seorang warganet turut bertanyakan kepada ustaz cara yang betul untuk mengislamkan saudara baharu.
Selepas hampir 24 jam dimuat naik, perkongsian telah mendapat 600,000 tontonan dan 3,000 komen daripada pengguna TikTok.
Kredit: Twitter Najmi__Haikal
