Connect with us

Oh! Media

(Video) Ibu Rakam Reaksi Jujur Anak Malu Naik Proton Iswara Lama, Siap Menyorok Belakang Seat

Kereta Lama

Trending

(Video) Ibu Rakam Reaksi Jujur Anak Malu Naik Proton Iswara Lama, Siap Menyorok Belakang Seat

Di TikTok, viral aksi jujur seorang kanak-kanak yang malu menaiki kereta lama iaitu Proton Iswara menyebabkan dia menyorok di bahagian tempat duduk belakang.

Dalam video tersebut, kedengaran si anak berkata mahu membuang kereta itu ke dalam tong sampah ketika bapanya tidur.

Malu naik kereta ni

@shafina.nabilah Dia punya marah la kena naik kereta buruk 🤣 #cutegirl #kidsoftiktok ♬ original sound – Shafina Nabilah
@shafina.nabilah Dia malu wehhh 😂 #kecikkecikdahpandai😑😂 ♬ original sound – Shafina Nabilah

Si ibu yang terhibur dengan gelagat anaknya itu hanya mampu ketawa. Iyalah, siap merajuk pandang tingkap lagi.

IKLAN

Pertama kali anak naik

Screenshot 2022 12 05 102947

Menerusi laporan mStar, ibu, Shafina Nabilah berkata, video itu dirakam pada tahun 2021. Kereta ‘lejen’ itu sebenarnya milik atok dan akan dijual kerana dah lama tak naik.

Sebelum ada pembeli, suami saya pakai dulu masa tu. Suatu hari kami guna kereta tu ke car wash milik suami.

Felisha tak pernah lagi naik kereta ni, dan itu first time bagi dia. Saya tahu dia tak suka kereta jenis lama atau nampak buruk, jadi saya sengaja rakam video.

Tambah Shafina lagi, dia tak sempat rakam gelagat anaknya yang menyorok di bahagian bawah kerusi kerana malu. Sebagai ibu, dia tak berkecil hati nampak reaksi jujur anak kerana kereta itu memang nampak usang.

Selalunya dia naik kereta saya atau kereta papa dia. Saya guna kereta Honda Jazz dan suami pakai Toyota Hilux.

Difahamkan kereta tersebut dah pun terjual pada tahun 2021. Setakat ini video perkongsian telah mendapat lebih 200,000 tontonan di TikTok.

Kredit: mStar | TikTok Shafina Nabilah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas