Trending
(Video) Berpeluang Baca Berita Bersama Isteri, Penyampai ‘Nervous’ Sampai Tersasul Panggil Sayang Ketika Live?
Apabila kita melangkah ke alam pekerjaan, dah jadi satu kelebihan apabila kita dapat bekerja di satu tempat yang sama bersama pasangan kita.
BACA: (VIDEO) Pembaca Berita TV3 Tersasul Sebut Satu Perkataan Cuit Hati Netizen
Bukan sahaja boleh berjumpa setiap masa, bahkan banyak perkara boleh kita jimatkan tau seperti pergi dan balik ke pejabat bersama-sama, makan bersama-sama dan macam-macam lagi.
Penyampai berita sampai tersasul sebut sayang?
Tular di Tiktok, satu video memaparkan keadaan pembaca berita yang merupakan pasangan suami isteri, Nazrie Fahmie dan Samsia Samsi yang berpeluang bertugas bersama-sama secara langsung.
@samsiasamsi sampai tersasul husband panggil nama kita 🙈
♬ original sound – samsiasamsi
Nazrie yang merupakan penyampai berita utama pada sesi tersebut perlu menyerahkan tugas kepada isterinya, Samsia untuk menerangkan satu laporan dengan lebih terperinci.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah Nazrie seakan-akan tersasul menyebut ‘silakan sayang’ ketika menyerahkan tugas tersebut kepada isterinya.
Cuma tersasul nama sahaja
Akan tetapi, Samsia menjelaskan bahawa Nazrie tidaklah menyebut perkataan ‘sayang’ seperti yang disangka warganet.
Difahamkan, suaminya itu tersilap menyebut namanya sahaja kerana terlalu gementar selapas diusik rakan-rakan lain kerana bertugas bersamanya.

Video cuit hati netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut disamping ada juga yang mengatakan bahawa pasangan penyampai berita ini begitu serasi bekerja bersama.



Kredit: TikTok samsiasamsi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM